Diskaun 30% Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan 2022

Dapatkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan sah sehingga Jun 2022. Diskaun sehingga 30%. Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan yang telah di lancarkan sejak Oktober 2021 itu di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia membabitkan produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata sebanyak 457 pakej dibangunkan membabitkan produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang.

Program ini mendapat kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan CUEPACS.

Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara 2022

Pakej ini menyasarkan seramai mungkin penjawat awam dan pesara kerajaan untuk melancong di dalam negara termasuk 1.2 juta ahli CUEPACS dan 700,000 pesara kerajaan.

Inisiatif Pakej Cuti Penjawat dan Pesara Kerajaan ini diharap dapat menyemarakkan kembali pelancongan domestik sekali gus membantu pemulihan industri pelancongan negara yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.

Pakej kali ini adalah kesinambungan kepada Pakej Istimewa Penjawat Awam yang dilancarkan pada 3 September 2020 dengan memfokuskan kepada produk di sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke Sabah.

Tarikh Sah

Penjawat awam dan pesara kerajaan yang berminat boleh segera mendapatkan pakej ini dan tawaran ini sah sehingga 30 Jun 2022

Lokasi Pelancongan

Antara lokasi pelancongan yang ditawarkan menerusi pakej ini adalah seperti berikut:

  • Putrajaya
  • I-City Shah Alam
  • Genting Highland
  • Sky Bridge KLCC
  • Sky Mirror Kuala Selangor
  • Taman Negara Endau Rompin
  • Taman Negara Mulu
  • Royal Belum
  • Kilim Geoforest Park
  • Danum Valley
  • Wakaf Che Yeh
  • Taman Tamadun Islam.
  •  

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan ialah pemohon tersebut mestilah penjawat awam dan pesara kerajaan yang telah berkhidmat di dalam kerajaan.

Cara Mendapatkan Pakej

Penjawat awam dan pesara kerajaan yang ingin mendapatkan pakej pelancongan ini boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://deals.malaysia.travel/deals.
  2. Klik butang #pakejcutipenjawatawam.
  3. Klik pakej pelancongan yang dipilih.
  4. Berhubung terus melalui panggilan telefon agensi pelancongan yang menawarkan tawaran tersebut.
  5. Nyatakan untuk mendapatkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.
  6. Berikan maklumat peribadi untuk mendapatkan pakej pelancongan terbabit.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan,

sila layari laman web https://deals.malaysia.travel/deals.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!