One Piece Live Action: Semua yang Anda Perlu Tahu
Dah tengok siri One Piece Live Action ?Jom kenali senarai pelakon & karakter, review Netflix, plot, dan latar belakang pembikinan One Piece Live Action 2023.
One Piece Live Action kini boleh ditonton mulai 31 Ogos 2023 secara eklusif di Netflix iaitu penstriman rancangan TV dan filem tanpa iklan pada peranti yang disambungkan ke Internet.
Untuk siri pertama One Piece Live Action, mempunyai 8 episod, yang mana setiap satunya mempunyai jalan cerita hampir 1 jam lebih.
Bagi yang tidak tahu apa itu One Piece, ianya merupakan sebuah animasi manga dan anime Jepun yang popular karya agung Eiichiro Oda.
One Piece Live Action pula merupakan adaptasi karya tersebut ke dalam bentuk visual nyata. Ianya berkisar mengenai pengembaraan si budak getah Monkey D. Luffy yang begitu taksub untuk menjadi lanun. Manakala One Piece ialah harta karun yang dikatakan merupakan khazanah paling bernilai yang akan menjadikan pemiliknya sebagai Raja Lanun.
Maka bermula lah kisah pengembaraan seorang lelaki muda bernama Luffy yang bercita-cita untuk menjadi lanun dengan berjumpa watak-watak lain yang akan menjadi Kru Straw Hats untuk merealisasikan impianya.
Senarai Pelakon & Karakter One Piece Live Action
Antara watak-watak utama dan penting yang menjadi perhatian kepada peminat tegar siri mangga dan anime ini dalam menjayakan siri One Piece Live Action ini adalah seperti Luffy, Zoro, Nami, Sanji, Usopp dan lain-lain.
Ramai yang telah menonton siri ini setuju yang karakter utama seperti Luffy, Zoro, Usopp bertepatan dengan barisan pelakon yang memainkan watak tersebut. Untuk makluman anda, Eiichiro Oda sendiri turut terlibat dalam pemilihan barisan pelakon yang akan memegang watak-watak dalam One Piece Live Action
Ini adalah senarai barisan pelakon yang memainkan karakter utama dalam siri one piece live action ;
- Monkey D. Luffy: Inaki Godoy
- Roronoa Zoro: Mackenyu
- Nami: Emily Rudd
- Usopp: Jacob Romero Gibson
- Insmoke Sanji: Taz Skylar
- Koby: Morgan Davies
- Garp: Vincent Regan
- Alvida: Ilia Isorelýs Paulino
- Dracule Mihawk: Sean Kenin
- Helmeppo: Aidan Scott
- Arlong : McKinley Belcher III
Review Netflix One Piece Live Action
One Piece Live Action merupakan siri yang diterbitkan oleh pihak Netflix sendiri dengan modal sebanyak 18 juta USD per episod dan mencecah sehingga 144 Juta USD untuk keseluruhan 8 siri epsiod.
Ianya adalah satu pelaburan yang dibuat oleh Netflix untuk terus bersaing dengan penyedia penstriman yang lain seperti Viu,Iqiyi, dan Astro Go bagi menarik lebih ramai penonton yang melanggan dan menonton Netflix.
Untuk rekod,One Piece Live Action juga telah memecahkan rekod Netflix apabila berjaya menjadi siri No.1 di 84 buah negara di seluruh dunia.
Selain itu juga One Piece juga telah berjaya mengalahkan rekod Wednesday dan Stranger Things.
Plot
Tidak seperti siri adaptasi animasi lain yang pernah dibawakan oleh Netflix yang kebanyakanya terpesong dari siri animasi, seperti barisan pelakon yang tidak bertepatan, tema yang tidak kena dan banyak cacat celahnya.
One Piece Live Action hampir 80% menyerupai dan menepati dari segi plot cerita, watak dan segala perincian dalam siri animasi tersebut.
Namun bagi anda yang ingin menonton siri One Piece Live Action, perlu untuk anda ketahui bahwa versi nyata One Piece ini agak tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Tidak seperti yang anda baca di anime dan mangga, versi Live Action ini terdapat aksi pembunuhan dan scene bogel di awal episod pertama.
Episod satu juga, terasa agak membosankan, dan agak slow kerana babak pada episod ini lebih kepada mukadimah dan penceritaan memperkenalkan watak utama dan bagaimana bermulanya era lanun pada sekitar 20 tahun yang lalu dengan kematian Raja Lanun.
Bagi episod-episod yang seterusnya anda boleh layan, sambil sediakan sneck dan minuman kegemaran anda siap-siap.
Takut anda tak berganjak terus dari satu episod sambung ke satu episod yang mana boleh menyebabkan anda stay berjam-jam lamanya
Latar Belakang Pembikinan
Bagi anda peminat tegar One Piece, sudah tentunya anda ternanti-nanti bagaimana agaknya penceritaan karya Eiichiro Oda di adaptasikan ke versi dunia nyata.
Ini kerana bukan satu tugas yang mudah bila sebuah karya lukisan hendak dibawa ke versi yang nyata dan realistik.
Latar belakang pembuatan untuk siri aksi langsung One Piece adalah proses yang kompleks dan mencabar. Siri tayangan ini adalah berlatarkan dunia fiksyen dengan banyak unsur fantastik, seperti lanun, raksasa laut dan buah syaitan.
Team produksi terpaksa mencipta pelbagai jenis set dan prop, serta kesan khas untuk menghidupkan dunia One Piece.
Salah satu aspek yang paling mencabar dalam proses pembuatan ialah mencipta kapal Lanun Topi Jerami, Going Merry. Kapal itu adalah kapal kayu kecil yang penting untuk kisah One Piece.
Pasukan produksi terpaksa menghabiskan masa berbulan-bulan bagi mereka bentuk dan membina Going Merry, malah mereka berunding dengan pakar dalam pembinaan kapal untuk memastikan ia dapat dihasilkan setepat mungkin.
Satu lagi aspek yang mencabar dalam proses pembuatan ialah mencipta buah syaitan. Buah syaitan adalah buah ajaib yang memberikan pengguna kuasa istimewa.
Pasukan pengeluaran terpaksa mencipta pelbagai buah syaitan, setiap satu dengan rupa dan rasa uniknya sendiri.
Mereka juga terpaksa membangunkan kesan khas untuk menjadikan buah syaitan kelihatan seperti mereka sebenarnya memberi kuasa kepada pengguna.
Latar belakang pembuatan untuk siri One Piece Live Action merupakan usaha yang besar, tetapi pasukan pengeluaran dapat mencipta dunia yang menakjubkan secara visual dan setia kepada bahan sumber. Persembahan ini adalah bukti kerja keras dan dedikasi seluruh pasukan
Walaupun menghadapi cabaran ini, team produksi masih dapat mencipta latar belakang dan tema yang benar-benar tidak mengecewakan. Kesan khas CGI yang berkualiti, set prop yang sangat terperinci, dan bunyi yang disepadukan dengan lancar ke dalam jalan cerita.
Dengan adanya Eiichiro Oda pencipta asal karya tersebut dalam penghasilan siri nyata ini, hasilnya ialah adaptasi siri One Piece dari anime dan mangga dapat di visualkan dalam siri One Piece Live Action yang sesuai dengan bahan sumber dan menakjubkan secara visual.
Baca juga : Oppenheimer Movie 2023 Review,Trailer & Pelakon