Permohonan MySME Lady: Pembiayaan PKS Wanita Sehingga RM3 juta

Usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) wanita yang memerlukan pembiayaan perniagaan, SME Bank menawarkan pembiayaan perniagaan sehingga RM3 juta menerusi pembiayaan MySME Lady.

Untuk makluman, MySME Lady adalah satu program pembiayaan khusus bagi golongan usahawan wanita untuk pembelian aset dan
keperluan modal kerja.

Matlamat besar pelaksanaan MySMELady adalah untuk membina komuniti yang menyokong pemerkasaan wanita di dalam dunia
perniagaan.

Oleh itu, usahawan wanita yang memerlukan pembiayaan perniagaan boleh membuat permohonan MySME Lady di mana-mana cawangan SME Bank yang berhampiran.

This image has an empty alt attribute; its file name is mysme-lady.jpg

Konsep Pembiayaan

Konsep pembiayaan yang ditawarkan adalah Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah atau Commodity Murabahah Term Financing-i (CMTF-i).

CMTF-i bermaksud pembiayaan berjangka berlandaskan Syariah untuk tujuan pembelian aset tetap dan atau modal kerja
dan dikira berdasarkan kadar tetap atau rata atau berubah.

Had Pembiayaan

Untuk MySME Lady, minimum jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sebanyak RM500,000 dan jumlah maksima yang ditawarkan adalah sebanyak RM3 juta.

This image has an empty alt attribute; its file name is mysme-lady-2.jpg

Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan yang ditawarkan bagi pembiayaan ini adalah sehingga 5 tahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon sebelum membuat pemohonan adalah seperti:

  1. Memenuhi definisi PKS.
  2. Pemilikan ekuiti oleh wanita mestilah melebihi 51% atau Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan adalah wanita dan memiliki sekurang-kurangnya 10% pemilikan ekuiti.
  3. Perniagaan diuruskan sendiri oleh pemilik.
  4. Tujuan pembiayaan dan aktiviti perniagaan hendaklah mematuhi prinsip syariah.
  5. Perniagaan berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa/pejabat daerah atau badan berkanun profesional.
  6. Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.
  7. Memenuhi kelayakan skim jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan MySME Lady, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mysmebank.com.my//.
  2. Klik butang ‘Apply Now.’
  3. Klik butang ‘Accept.’
  4. Klik butang ‘Sign Up.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Submit.’
  6. Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan.
  7. Setelah berjaya masuk, buat permohonan dengan memasukkan maklumat yang lengkap dan betul.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan ini, sila layari laman web https://www.smebank.com.my/ms/financing/programmes/mysmelady.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!