MRC Scholarship Awards 2022 Permohonan Kini Dibuka

Berita baik, MRC Scholarship Awards 2022 iaitu biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat IPT telah dibuka. Biasiswa BSMM diberikan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), serta pengajian sarjana muda di universiti-universiti terkemuka di Malaysia.

Tawaran ini dibuka kepada warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tempatan

Malaysian Rubber Council (MRC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). MRC bertanggungjawab untuk mempromosikan getah dan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia.

MRC mempunyai pejabat di luar negara iaitu di Amerika Syarikat (USA), Eropah, China, India dan Timur Tengah.

Kelebihan Biasiswa MRC Scholarship Awards

Kepada mereka yang berjaya menerima tawaran biasiswa ini, akan mendapat manfaat seperti berikut:

  • Yuran Pendidikan
  • Elaun Sara Hidup
  • Peluang-peluang Latihan Industri
  • Peluang-peluang Pekerjaan dengan industri setelah tamat pengajian

Baca juga : Gamuda Scholarship

mrc scholarship awards 2022

Bidang Yang Layak Memohon

  • Kejuruteraan – Kimia/Mekanikal/Elektrikal & Elektronik/Perindustrian/Bahan/Tenaga
  • Sains dan Teknologi Polimer
  • Logistik dan Rantaian Bekalan
  • Environmental Studies
  • Ekonomi/Pemasaran/Pengajian Perniagaan/Akaun/Analisa Statistik
  • IT/Sains Komputer/Kejuruteraan Sistem Komputer
  • Sains Data dan Analitik

Syarat Permohonan MRC Scholarship Awards

  1. Warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tempatan.
  2. Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan STPM atau setara, dan juga program ijazah sarjana muda (jika ada).
  3. Sudah mendapat tempat atau sedang mengikuti program ijazah sarjana muda (Tahun 1 atau 2) di IPTA/IPTS.
  4. Tidak mendapat sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain.
  5. Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga daripada industri getah adalah dialu-alukan memohon.

Cara Permohonan

  1. Borang permohonan online boleh di dapati di laman website https://www.myrubbercouncil.com/scholarships2022/mrcscholaronlineform.php.
  2. Sila buat akaun anda terlebih dahulu untuk mengakses borang permohonan dengan Klik “Create Account.” terlebih dahulu
  3. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan.
  4. Isi dan lengkapkan maklumat yang diminta.
  5. Semak maklumat yang telah anda isi sebelum hantar permohonan.

Tarikh tutup permohonan

20 September 2022

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MRC Scholarship Awards, anda boleh hubungi Cik Nur Lina atau En. Adrian di talian 03-2782 2100 atau hantarkan pertanyaan anda melalui emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!