Moratorium PEMULIH: Permohonan Penangguhan Automatik 6 Bulan

Inisiatif yang dinanti-nantikan oleh rakyat akhirnya diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) iaitu pemberian moratorium automatik tanpa syarat selama 6 bulan.

Matlamat pemberikan moratorium automatik tanpa syarat ini dilakukan bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan mereka akibat penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Inisiatif ini juga dilakukan akibat pelbagai rintihan daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga turut membantu ahli keluarga atau saudara mara yang terjejas akibat COVID-19 dan PKP 3.0.

Langkah pemberikan moratorium automatik selama 6 bulan tersebut dibuat hasil daripada kerjasama daripada pihak bank-bank di dalan negara.

Tarikh Permohonan

Individu yang ini memohon moratorium PEMULIH boleh mula memohon mulai 7 Julai 2021.

Kategori Pemohon

Permohonan moratorium PEMULIH ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan termasuklah:

  • B40
  • M40
  • T20
  • Usahawan/Peniaga mikro

Syarat Permohonan

Tidak seperti permohonan moratorium yang lalu, kali ini tiada lagi syarat dikenakan kepada pemohon yang ingin memohon seperti:

  • Pengurangan pendapatan.
  • Semakan kehilang pekerjaan.
  • Dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Sekiranya pemohon memohon PEMULIH ini daripada pihak bank, pemohon akan diberikan kelulusan automatik selepas mereka menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha atau usahawan mikro dan PKS yang terjejas dan perkara ini tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank yang terlibat.

Cara Memohon

Orang ramai akan dimaklumkan mengenai cara memohon oleh pihak bank pada 7 Julai 2021.

Selain itu, pemohon juga boleh menghubungi pihak bank untuk mendapatkan maklumat dan info mengenai moratorium ini:

Nama BankNo Telefon
Affin Bank Berhad03-8230 2222
Al Rajhi Banking &
Investment Corporation (Malaysia) Berhad
03-2332 6000
Alliance Bank Malaysia Berhad03-5516 9000
AmBank (M) Berhad03-2178 8888
BNP Paribas Malaysia Berhad03-2179 8361
Bank Islam Malaysia Berhad03-2690 0900
Bank Muamalat Malaysia Berhad03-2600 5500
CIMB Bank Berhad03 6204 7788
Citibank Berhad03-2383 0000 
HSBC Bank Malaysia Berhad1300 88 1388 
Hong Leong Bank Berhad03-7959 1888
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad1300 888 534 
MUFG Bank (Malaysia) Berhad03-2034 8000
Malayan Banking Berhad 1300 88 6688
MBSB Bank Berhad03-2096 3000
OCBC Bank (Malaysia) Berhad03-8317 5000 
Public Bank Berhad03-2179 9999 
RHB Bank Berhad03-2776 3111
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad 1300 888 888 
Sumitomo Mitsui Banking Corporation
Malaysia Berhad
03-2176 1512
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd 03-2616 6800
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
(Bank Rakyat)
1300 800 800
Bank Pembangunan Malaysia Berhad03-2611 3217
Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)1300 88 2476
Small Medium Enterprise Development
Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
03-2615 2020
Bank Simpanan Nasional1300 88 1900
Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(EXIM Bank)
03-2601 2000

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PEMULIH yang lain, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!