Tawaran Modal Kerja@BAP: Pembiayaan Modal Kerja Tetap Sehingga RM500,000

Tawaran Modal Kerja@BAP: Pembiayaan Modal Kerja Tetap Sehingga RM500,000 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi pembiayaan Modal Kerja @ BAP kini dibuka.

Pembiayaan yang digerakkan oleh SME Bank dan SME Corp ini terbuka kepada usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS)/

Baca Juga : Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Apa itu Modal Kerja@BAP ?

Modal Kerja@BAP ialah program yang dibankunkan untuk membantu pembiayaan modal kerja tetap sahaja menampung kos overhead selama 6 bulan.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban usahawan PKS yang terjejas akibat COVID-19 bagi mendapatkan modal kerja tetap.

modal kerja@BAP

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi pembiayaan ini dibuka mulai 28 Februari 2022 sehingga 31 Disember 2022 atau sehingga dana program ini habis digunakan.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi program ini adalah sebanyak minima RM50,000 dan maksima sehingga RM500,000.

Kadar & Tempoh Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang ditetapkan bagi program ini adalah sebanyak 4% setahun.

Tempoh pembiayaan pula adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh pernafasan atau moratorium sehingga 12 bulan.

Syarat Kelayakan Bagi Permohonan Modal Kerja@BAP

Syarat kelayakan bagi usahawan PKS yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  • PKS seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS kebangsaan.
  • Pemilikan syarikat sekurang-kurangnya 60% oleh wargenegara Malaysia.
  • Pemilikan bagi perusahaan besar tidak melebihi 20%.
  • Pemohon berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan professional.
  • Pengendali perniagaan sepenuh masa.
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
  • Penilaian SCORE hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan selepas pembiayaan diluluskan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila kunjungi SME Bank dan SME Corp yang berhampiran untuk membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Modal Kerja@BAP, sila hubungi pihak SME Bank di talian 03-2603 7700 atau melayari laman web https://www.smebank.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!