Mobile Legend Malaysia 2023 Senarai Top Player & Gaji Pemain

Mobile Legend Malaysia Top Player & Gaji Pemain Terkini 2023. “Mobile Legends: Bang Bang” ialah permainan arena pertempuran dalam talian (MOBA) yang dimainkan oleh 10 orang pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton.

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai ramai peminat siri permainan mobile game ini sehinggakan pihak Moonton telah menyediakan slot khas untuk negara Malaysia dalam arena kompotitif yang di kenali sebgai Mobile Legends Bang Bang Pro Player League Malaysia atau singkatanya MPL MY.

MPL MY merupakan liga e-sukan perintis untuk Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia

Mobile Legend Malaysia MPL MY S12

mobile legend malaysia mpl my s12

Sehingga tahun 2023, siri liga e-sukan Mobile Legend Malaysia telah masuk musim yang ke 12.

Ianya sedang berlangsung, yang mana MPL MY S12 telah bermula sejak 8 Ogos 2023 lagi, dan kini akan memasuki pusingan Playoffs

Peringkat Qualifiers untuk MPL MY S12 dijalankan secara atas talian manakala peringkat Regular Season dan Playoffs akan dilakukan secara luar talian atau on-ground.

Daripada 10 pasukan MPL MY S12 kini tinggal ada 8 pasukan yang akan meneruskan perjuangan untuk menentukan siapakah yang akan bergelar juara MPL MY12 seterusnya melayakan diri ke M5.

Pusingan playoffs akan di adakan di di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Bermula pada 5 – 8 Oktober 2023

Upper Bracket Round 1

  • Team HAQ vs MPX NSEA
  • Todak vs Team Lunatix

Upper Bracket Quarterfinals

  • HomeBois
  • Red Giants Esport

Upper Bracket Semifinals

  • RSG Malaysia
  • Team SMG

Manakala 2 lagi pasukan iaitu Team Secret dan RED Esport My telah tersingkir.

Senarai Top Player & Gaji Pemain Mobile Legend Malaysia

Berdasarkan statistik dan carta terkini yang disediakan sehingga tarikh 3 September 2023 oleh portal esportsearning.com berikut adalah senarai top 10 player mobile legend Malaysia berdasarkan jumlah gaji pemain ;

10# Xorn

xorn

Xorn atau nama sebenarnya Mohammad Zul Hisham Mohd Noor yang kini merupakan pemain Roamer untuk HomeBois berada pada carta ke-10 top player Mobile Legend Malaysia dengan nilai jumlah gaji yang diterima $17,631.53 atau bersamaan RM82691.88.

Untuk peminat HomeBois, boleh dapatkan jersey dan barang official di HomoBois Official Store

09#Loong

Loong atau Saw Kee Loong kini merupakan analisis bagi pasukan SMG berada pada carta ke-9 dengan nilai jumlah gaji yang diterima $18,013.50. Beliau sebelum ini merupakan pemain untuk Team SMG di M1 dan terakhir sebagai pemain ketika berkasi bersama Team SMG di M3 World Championship yang berlangsung di Singapura sebelum menjadi analisis.

08# Xray

mobile legend malaysia

Xray atau nama sebernya Mohd Aiman Bin Idris berada di kedudukan ke 8 carta top player Mobile Legend Malaysia dengan nilai gaji yang diterima $18,265.53. Beliau pernah bermain dengan Todak sebelum berpindah ke Geek Fam. Namun sayangnya status beliau tidak diketahui ketika ini

07# Rippo

mobile legend malaysia

Berada di tangga ke-7 carta ialah Rippo atau nama sebenarnya Muhammad Arif Bin Abdul Halim yang mempunyai nilai gaji yang diterima setakat ini bernilai $24,588.98. Rippo yang menerima julukan sebagai KING OF TAUNTING merupakan pemain RSG MY yang memainkan peranan Exp Laner.

06# YumSkie

Antara senior dalam pasukan Todak YumSkie atau nama sebenarnya Muhammad Qayyum Ariffin Bin Mohd Suhairi yang juga merupakan pemain roamer bagi pasukan Todak berada di carta ke 06 top player Mobile Legend Malaysia dengan nilai gaji $28,418.57

05# Momo

mobile legend malaysia_momo

Seorang lagi pemain lama untuk Team Todak, Momo atau nama sebenarnya Idreen Bin Abdul Jamalis yang bermain sebagai Exp Laner untuk Todak berada di carta ke 5 dengan nilai gaji pemain $32,621.60

04#4Meyz

mobile legend malaysia

4Meyz atau nama sebenarnya Wan Wsman antara pemain yang sering mendapat MVP dalam setiap permainan pasukan Todak. Merupakan pemain mobile legend Malaysia yang berada di carta yang ke-4 dengan nilai gaji $34,281.60. Beliau juga merupakan salah seorang pemain yang telah lama bermain bersama pasukan Todak.

03#Moon

Seorang lagi pemain Todak yang tidak asing iaiatu Moon atau nama sebenarnya Zikry Bin Shamsuddin, berada di carta ke-3. Sejak kemerosotan permainan pasukan Todak, Moon telah mengambil keputusan untuk berehat untuk MPL MY S12. Beliau kini tidak lagi bermain untuk pasukan Todak, tetapi masi bersama pasukan tersebut sebagai duta.

Nilai gaji Moon $45,104.9.

02#Sasa

SaSa atau nama sebenarnya Lu, Khai Bean merupakan pemain dengan roll Gold Laner bagi Team SMG berada di carta ke-2 dengan nilai gaji sebanyak $46,416.04

01#CikuGais

top player mobile legend malaysia cikugais

Dan inilah dia pemain paling mahal bagi mobile legend Malaysia iaitu CikuGais atau nama sebenarnya Muhammad Danial bin Mohamad Fuad  dengan nilai gaji $47,704.93. Beliau juga merupakan Gold Lane bagi pasukan Todak.

Anugerah MPL MY Musim 12

anugerah mpl my s12

Sebanyak 9 anugerah bakal diberikan pada Playoff yang akan datang untuk menghargai setiap ruang usaha dari Pemain hingga ke Komuniti.

Antara anugerah yang akan disampaikan adalah seperti ;

  • Fan Club Of The Season
  • Playoffs MVP
  • Legenda Award
  • Talent Of The Season
  • Fan Of The Season
  • Dream Team Of The Season
  • Gameplay Of the Season
  • Regular Season MVP

Untuk mengundi, anda boleh layari laman web https://my.mpl.mobilelegends.com/awards/dream-team

Untuk mendapatkan info lanjut tentang MPL MY S12, anda juga boleh melayari laman sosial Mobile Legend Malaysia di ;

Baca juga : 10 Individu Terkaya Malaysia 2023 (Forbes)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!