MMU : Bantuan Biasiswa Ibnu Haitham 2022
Berita baik, tawaran Biasiswa Ibnu Haitham 2022 di buka kepada pelajar yang beragama islam daripada keluarga golongan b40 memenuhi kriteria asnaf dan menerima tawaran program pengajian di MMU.
Untuk makluman, biasiswa ini merupakan tajaan sepenuhnya daripada dana agihan Tabung Amanah Zakat MMU, khusus kepada pelajar cemerlang dan daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin untuk mendapat pendidikan terbaik di Universiti Multimedia (MMU).
Biasiswa ini turut menyasarkan bantuan kepada pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Tajaan biasiswa ini dibuka kepada semua pelajar yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di MMU bagi peringkat Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 15 September 2022
Apa Itu Biasiswa Ibu Biasiswa Ibnu Haitham
Biasiswa Ibnu Haitham adalah biasiswa tajaan sepenuhnya daripada dana agihan Tabung Amanah Zakat MMU, khusus kepada pelajar cemerlang dan daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin sahaja untuk mendapat pendidikan terbaik di Universiti Multimedia (MMU), salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ibnu haitham
- i. Terbuka kepada pemohon beragama Islam daripada keluarga berpendapatan B40 dan memenuhi kriteria Asnaf Fakir & Miskin yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor
- ii.Kelayakan Akademik:
- – SPM: Minimum 4A
- – STPM/Asasi/Diploma: PNGK ≥ 3.00
- iii. Sila sertakan surat tawaran program pengajian di MMU
Manfaat Biasiswa Ibu Biasiswa Ibnu Haitham
Penerima biasiswa akan ditanggung 100% semua yang berikut ;
- Kos yuran pengajian dan asrama
- Elaun sara hidup
- Elaun buku
- Program pembangunan pelajar
*Tertakluk pada terma dan syarat
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut;
- Permohonan menerusi borang online pada pautan https://yum.mmu.edu.my/assistance/scholarship/ibnu-haitham-scholarship/
- Isi maklumat berkaitan
- Sahkan akuan
- Pilih kurus
- Muat naik dokumen sokongan
- Buat pengeshasan
- Permohonan selesai
Maklumat Lanjut
Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Ibnu Haitham 2022, sila hubungi talian +03 – 8312 5103 / 5040 / 5043 atau hantarkan e-mel ke alamat [email protected]