Melur Untuk Firdaus Musim 1 : Sinopsis, Barisan Pelakon, Review

Sejak mula ditayangkan, drama bersiri Melur Untuk Firdaus menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Selain plot cerita yang menarik, ramai yang turut memuji chemistry baik antara pelakon utamanya, Merqeen dan Anna Jobling.

Menutup tirai musim pertama pada 15 Julai 2022, drama ini mencetus fenomena luarbiasa apabila dilaporkan berjaya mencapai tontonan sehingga 11 juta di Malaysia.

Lebih mengejutkan lagi, drama ini juga meraih sehingga 2.7 bilion tontonan di TikTok dan tular ke beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan Filipina.

Menerusi pantauan di media sosial, kira-kira 200 akaun peminat turut dicipta membuktikan sambutan yang cukup memberangsangkan daripada drama terbitan A-Ten Alliance Sdn Bhd ini.

Rata-rata penonton juga memberi pujian kepada pelakon seperti Merqeen, Anna Jobling, Fimie Don dan Nesa Idrus kerana mampu menghayati watak-watak yang diberikan.

melur untuk firdaus

Sekaligus, drama ini juga menjadi batu loncatan kepada Merqeen dan Anna Jobling sehinggakan drama ini kembali untuk musim ke-2 atas permintaan ramai.

Drama yang ditayangkan sebanyak 28 episod ini merupakan adaptasi novel karya Cik Nor Cinta dan diarahkan oleh Zamri Zakaria.

Peminat drama ini juga berkongsi kegembiraan apabila Melur Untuk Firdaus berjaya merangkul anugerah Drama Adaptasi Novel Terbaik dalam Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung pada 12 Mac lalu.

Anugerah tersebut turut menyaksikan kemenangan Anna Jobling bagi kategori Pelakon Wanita Popular untuk drama yang sama.

Tak cukup dengan itu, populariti Merqeen dan Anna Jobling dalam drama ini juga mendapat pengiktirafan apabila pasangan ini muncul sebagai pemenang kategori Pasangan Drama Terbaik dalam Tonton Anugerah Drama Sangat 2023.

Baca Juga : Biodata Anna Jobling, Aktres Melur Untuk Firdaus

Sinopsis Melur Untuk Firdaus

Kisah bermula apabila Firdaus Iskandar (Merqeen) tidak bersetuju apabila ibu bapanya mahukan dia berkahwin dengan Melur sedangkan dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya memberikan 48 jam kepada Dee untuk berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee belum bersedia untuk berkahwin.

Melur (Anna Jobling) pula sedih kerana dia menyukai Firdaus.

Melur cuba untuk memikat Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat kepada Firdaus supaya dia dapat meneruskan hubungan dengan teman wanitanya.

Namun, ego Firdaus surut perlahan-lahan dengan sikap Melur yang selamba.

Melur Untuk Firdaus

Barisan Pelakon

PelakonWatak
MerqeenFirdaus Iskandar
Anna JoblingMelur
Fimie DonHaris
Nesa IdrusDee
Haleeda MazlinRohana
Zainon IsmailNasaruddin
KuzaKamariah
Azhar AmirKamarul
Hairi SafwanZain
Melur Untuk Firdaus

Review Drama

Selain plot cerita yang menarik, rata-rata penonton turut cair dengan lakonan romantis antara Firdaus dengan Melur.

Jom kita lihat beberapa review yang dikongsikan oleh netizen di media sosial.

Walaupun drama ini sudah tamat disiarkan di Slot Lestary TV3, namun anda masih boleh menonton drama ini di saluran Disney+ Hostar.

Kini, Melur Untuk Firdaus musim ke-2 kembali menemui peminat bermula 16 Mac 2023 di slot Akasia TV3. Waktu tayangan adalah dari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.

Untuk ketahui info terkini mengenai drama Melur Untuk Firdaus, jangan lupa untuk ikuti laman Instagram Drama Sangat TV3 di @dramasangat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!