Mega Spontan 2023 : Waktu Siaran & Cara Mengundi

Rancangan Super Spontan kini diperbaharui dengan tema yang lebih menarik menerusi rancangan Mega Spontan 2023. Ia adalah satu permainan lawak spontan yang ditayangkan secara langsung di saluran Astro Warna (Saluran 107).

Bertemakan Takhta Nusantara, rancangan komedi ini mempertandingkan empat kumpulan iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh.

Mega Spontan

Buat pertama kalinya kita bakal melihat gandingan padu Sherry Alhadad serta Amir Raja Lawak sebagai pengacara pertandingan lawak spontan ini.

Sekiranya anda merupakan peminat rancangan Super Spontan dahulu, anda pasti cukup kenal dengan gelagat Amir Raja Lawak yang tidak teragak-agak melontarkan soalan panas kepada setiap peserta sepanjang pertandingan!

Dato’ Afdlin Shauki berperanan sebagai Game Master bagi menilai gerak-geri setiap pemain. Selain itu, beliau juga akan memberikan komen serta menentukan peraturan bagi setiap permainan.

Lebih penting lagi, Dato’ Afdlin Shauki juga mempunyai kuasa untuk menentukan pemenang, memberikan imuniti serta memberi hukuman buat kumpulan tercorot pada setiap minggu.

Konsep Mega Spontan 2023

Seperti format Super Spontan sebelum ini, para pemain akan dibahagikan kepada empat kumpulan. Pertandingan akan berlangsung dalam enam pusingan yang melibatkan persaingan antara dua kumpulan.

Kehebatan setiap pemain untuk berlawak dan melakukan aksi spontan secara kreatif akan dinilai bagi setiap pusingan.

Selain itu, terdapat juga permainan Battle Royale di mana keempat-empat kumpulan akan bergirili-gilir untuk bertanding.

Kumpulan dengan markah terendah akan menghadapi hukuman daripada Game Master. Sekiranya kumpulan tersebut memiliki kad imuniti, tempat mereka akan digantikan oleh kumpulan kedua terendah.

Buat pertama kali, penyingkiran juga akan dilakukan secara berkumpulan, namun hanya pada minggu-minggu tertentu sahaja.

Baca Juga : Astro Go : Cara Daftar dan Tonton di Telefon Pintar dan Laptop

Mega Spontan
Mega Spontan

Senarai Peserta Mega Spontan 2023

Rancangan ini bukan sahaja dibintangi oleh pelawak, malah terdapat juga pelakon dan penyanyi yang turut serta dalam menunjukkan bakat spontan masing-masing.

Jom kita lihat senarai selebriti yang terlibat dalam program ini.

Game Master

Datuk Afdlin Shauki

Mentor

  • Kerajaan Majakelat : Zizan Razak
  • Kerajaan Srivijanda : Kamal Adli
  • Kerajaan Langaktaksuka : Sabri Yunus
  • Kerajaan Campaktakjauh : Douglas Lim

Pemain Mega Spontan 2023

  • Atu Zero
  • Mamak Puteh
  • Joey
  • Ropie
  • Mamat Sepah
  • Naim Daniel
  • Fadli Masoot
  • Dato’ Jalaluddin Hassan
  • Mark Adam
  • Adlin Aman Ramli
  • Roy Azman
  • Noreen Iman
  • Ramona Zam Zam
  • Farahdhiya
  • Sanjna Suri
  • Aya Amiruddin

Cara Mengundi Kumpulan Kegemaran Mega Spontan

Undian penonton juga bakal menentukan pemenang mingguan dan bottom 2.

Jangan lepaskan peluang untuk mengundi kumpulan kegemaran anda supaya mereka kekal bertahan dalam pertandingan ini sehingga ke peringkat akhir!

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  • Pergi ke pautan https://voting.astro.com.my/mega-spontan
  • Log masuk akaun Astro atau Facebook anda
  • Anda akan menerima 50 kredit undian untuk mengundi sepanjang siaran berlangsung.
  •  Kredit yang tidak digunakan bagi minggu itu akan dihapuskan.
  • Anda akan menerima 50 kredit undian baru untuk minggu akan datang.

Hadiah Mega Spontan 2023

Kumpulan yang bergelar Juara Mega Spontan akan memenangi ganjaran wang tunai sebanyak RM 200,000 dan sebuah trofi.

Pemain Terbaik Pusingan Akhir akan membawa pulang wang tunai RM 10,000 beserta sebuah trofi.

Hadiah mingguan bernilai RM 5,000 pula akan didermakan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Waktu Siaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung Mega Spontan bermula 19 Mei 2023, setipa hari Jumaat pada jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (Saluran 107).

Pelanggan Astro juga boleh meyaksikan rancangan ini secara atas talian menerusi platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Ikuti laman media sosial Astro Gempak untuk ketahui perkembangan mengenai rancangan kegemaran anda :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!