Cara Buka Akaun MBSB Online (M Journey)

MBSB Bank merupakan antara bank yang telah lama beroperasi di Malaysia.

Seperti mana-mana bank yang bertapak di Malaysia, bank ini juga tidak terlepas untuk menawarkan kemudahan perbankan online (online banking) buat para pelanggannya.

Kemudahan ini selari dengan keperluan teknologi semasa yang membolehkan urusan perbankan dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Bank ini juga mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini kerana telah disenaraikan sebagai bank yang menawarkan pinjaman KWSP Ihsan-i (FS2A).

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan perbankan online yang ditawarkan oleh Bank MBSB.

Baca Juga : Cara Buka Akaun CIMB Online : Panduan Lengkap Untuk Pengguna CIMB Bank

Cara Aktifkan Akaun MBSB Online (M Journey)

Bagi anda yang sudah memiliki akaun bank MBSB, sila ikuti panduan di bawah untuk mendaftar perkhidmatan perbankan online yang ditawarkan oleh MBSB iaitu M Journey.

  • Pergi ke pautan https://mjourney.mbsbbank.com dan klik M JOURNEY REGISTRATION pada bahagian atas.
  • Pada laman pendaftaran, klik REGISTER NOW yang berada dalam kotak Financing Account.
  • Kemudian, masukkan butiran peribadi secara tepat dan lengkap.
  • Pilih ‘Security Image’
  • Tekan ‘SUMBIT’ dan pilih soalan serta jawapan bagi ‘Security Question’.
  • Pendaftaran selesai. Anda kini boleh gunakan M Journey Online Banking untuk transaksi secara atas talian.

Muat Turun Aplikasi Online MBSB Bank (M Journey)

Aplikasi perbankan atas talian MBSB Bank iaitu M Journey boleh dimuat turun menerusi platform berikut :

Cara Daftar M Journey Key

M Journey Key merupakan kaedah pengesahan alternatif kepada SMS TAC.

Kemudahan ini membolehkan pengguna untuk membuat pengesahan transaksi dengan satu klik sahaja menerusi peranti yang telah didaftarkan di M Journey Mobile Banking App.

Berikut merupakan cara untuk daftar M Journey Key :

  • Log masuk aplikasi mobile M Journey
  • Pada laman utama, klik di ikon tiga titik bertindih pada bahagian kiri atas.
  • Seterusnya, pilih My Profile dan klik M Journey Key.
  • Klik pada slider untuk aktifkan M Journey Key. Pastikan ia telah berubah kepada warna biru.
  • Klik OK untuk sahkan pendaftaran M Journey Key pada peranti yang anda sedang gunakan.
  • Seterunya, klik butang Register dan tekan butang Request TAC. Masukkan nombor TAC yang telah dihantar ketelegon anda.
  • Pendaftaran selesai. Kini anda boleh membuat pengesahan transaksi dengan lebih pantas dan mudah.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hbungi bahagian khidmat pelanggan di talian 03-2096 3000.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!