LPPSA: Cara Tuntut Insurans Kerosakan Rumah Yang Terjejas Banjir

LPPSA: Cara Tuntut Insurans Kerosakan Rumah Yang Terjejas Banjir ~ Untuk makluman, pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) daripada panel insurans takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.

Sehubungan dengan itu, pihak LPPSA menasihatkan supaya pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir agar berhubung dan membuat tuntutan kepada panel insurans/ takaful LTHO masing-masing.

Insurans / Takaful LTHO LPPSA

Insurans/Takaful LTHO LPPSA adalah Perlindungan Insurans / Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang yang memberi perlindungan kepada rumah kediaman persendirian terhadap kerugian atau kerosakan mengikut skop perlindungan yang diambil sebagai contoh kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik.

Melalui insurans / takaful ini, pelanggan boleh mendapatkan manfaat tambahan dengan menghubungi panel insurans / takaful yang dipilih bagi urusan penambahan skop perlindungan.

NOTA: Tuntutan insurans / takaful adalah tertakluk kepada skop / polisi perlindungan insurans / takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) LPPSA.

Peringatan: Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baikpuliH kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans / takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.

LPPSA
LPPSA

Cara Tuntut Insurans Kerosakan Rumah Yang Terjejas Banjir

Peminjam boleh mengemukakan tuntutan pampasan kepada pihak insurans / takaful dengan menyediakan dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Laporan polis
  3. Laporan bomba
  4. Sebut harga baikpulih
  5. Borang tuntutan pampasan

**Cara-cara membuat tuntutan adalah mengikut panel insurans/takaful masing-masing.

Panel Insurans Dan Takaful Yang Terlibat

Berikut adalah panel insurans dan takaful yang terlibat di bawah LPPSA; 

1. Etiqa General Takaful

LPPSA

2. Takaful Malaysia

LPPSA

3. Takaful Ikhlas Malaysia

LPPSA

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari Portal pertanyaan / Aduan Rasmi di pautan berikut: https://etiket.lppsa.gov.my/

Atau, hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian: 03-888 01 600

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!