Kursus Jangka Pendek Sabah – Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah
TAWARAN KURSUS JANGKA PENDEK PERCUMA 2022 SABAH DI PUSAT WARISAN KRAF YAYASAN SABAH
Sukacita dimaklumkan Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah menawarkan kursus jangka pendek secara percuma. Tawaran ini dibuka kepada warga bumiputera Sabah yang berminat dalam kraf /keusahawanan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah
Ringkasan Program, Pusat Warisan Kraf KTYS ini mensasarkan golongan lepasan sekolah menengah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini akan menyediakan para peserta dengan kemahiran seni pertukangan tangan yang bertujuan melahirkan usahawan kraftangan bukan sahaja mempunyai kemahiran membuat kraftangan tetapi juga mempunyai pengetahuan asas keusahawanan dalam memasarkan dan mempromosikan hasil keluaran kraftangan mereka.
Objektif Pusat Kraf Yayasan Sabah
- Menyediakan latihan kemahiran asas dan lanjutan kepada belia dan penggiat seni kraf.
- Membantu menghasilkan produkkraf yang berkualiti tinggi dan berorientasikan komersil.
- Membangun belia tempatan dalam mengusahakan perusahaan kraf di Sabah; dan
- Membantu memulihara serta melestarikan seni kraftangan etnik tempatan yang kaya dan unik.
Kursus Yang Ditawarkan
Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah menawarkan kursus seperti berikut ;
- Asas Ukiran Logam – 3 Bulan.
- Asas Jahitan Sulaman Dan Kretif – 3 Bulan.
- Asas Lukisan Fabrik Absrak – 3 Bulan.
- Kursus Pengurusan Kediaman – 2 Bulan
Kemudahan Yang Disedikan
Selain daripada kemasukan PERCUMA, pelajar juga diberi kemudahan seperti;
- Asrama
- Kemudahan pemlajaran yang lengkap
- Makan dan minum disediakan
- Elaun sara diri
Syarat Kemasukan
Berikut adalah syarat-syarat kemasukan Kursus Jangka Pendek ini :
- Terbuka kepada bumiputera Sabah sahaja.
- Had umur terdiri daripada 17 tahun hingga 45 tahun.
- Keupayaan minimum : Boleh membaca/menulis/mengira.
- Terdiri daripada golongan E-Kasih/ B40 (Berpendapatan bawah RM3,000.00)
- Minat dalam bidang kraf / keusahawanan
Cara Mohon Kursus Jangka Pendek
- Permohonan hendaklah dibuat melalui atas talian di https://docs.google.com/forms
- Sila isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Muat turan dokumen yang diperlukan.
- Klik pada “Submit” untuk hantar borang permohonan
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda berminat, dan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah, anda boleh menghubungi 010-5580018 (En. KHAIRIL) atau terus isi permohonan anda pada link dibawah ini.
Baca juga : Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP)