Kos Haji 2023 Malaysia & Bantuan Haji B40 & M40

Terkini TH memaklumkan kos haji tahun 2023 bagi Malaysia adalah sebanyak RM 30,850 bagi bayaran penuh. Manakala bagi jemaah haji kategori B40 dan M40 yang ingin mengikut bayaran jumlah Hafis, kos haji adalah , B40 RM10,980 dan M40 RM15,980. Manakala bagiketegori T20 perlu membuat bayaran penuh.

Kos ini meningkat dari tahun yang lalu yang mana peningkatan kos haji ini tidak dapat dielakkan kerana ianya terdedah kepada faktor-faktor di luar kawalan Lembaga Tabung Haji termasuk kadar tukaran mata wang ringgit Malaysia berbanding Saudi Riyal dan dollar Amerika, kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi.

Walaubagaimana pun, untuk menjaga kebajikan ahlinya, TH pada tahun ini mengeluarkan surat tawaran yang mengandungi tujuh tahap pembayaran yang boleh dipilih oleh Jemaah haji.

Melalui surat tawaran ini, para jemaah diberi pilihan sama ada ingin membayar mengikut jumlah Hafis, B40 RM10,980 dan M40 RM15,980 atau mahu membayar penuh (tanpa Hafis) iaitu RM30,850

Surat tawaran akan dikeluarkan mengikut kategori iaitu 50 peratus B40, 48 peratus golongan M40 dan dua peratus T20.

Apa Itu Kos Haji & Bayaran

Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji

Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi. 

Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi  Musim Haji 1444H/2023M untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:

KUMPULAN B40

  • RM10,980 Selepas RM1000 bantuan kerajaan Malaysia. Bayaran asal adalah RM11980

KUMPULAN M40

  • RM15980

KUMPULAN T20

  • RM30,850

Kos Haji Jemaah Malaysia 2023

kos haji 2023

Bagi membantu meringankan beban peningkatan kos haji pada tahun ini yang meningkat berbanding kos haji 2022, menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin, bagi B40 mereka perlu bayar RM10,980, manakala M40 RM15,980. Manakala bagi T20 perlu membuat bayaran penuh RM30,850. Jemaah yang terpilih akan terima surat untuk membayar mengikut jumlah ditetapkan.

TH  masih terus menanggung kos-kos tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:

  • Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • Kursus-kursus haji,
  • Petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
  • Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
  • Ubat-ubatan.

Bantuan Kewangan Haji Musim Haji 1444H/2023M

kos haji 2023 malaysia

Bagi membantu meringgankan kos haji 2023, TH masih memberi bantuan kewangan haji secara bersasar kepada jemaah muassasah kali pertama walaupun terdapat kenaikan bayaran haji

KUMPULAN B40

  • Bantuan kewangan haji oleh TH termasuk RM1000 bantuan dari kerajaan Malaysia
  • RM19,870 /seorang jemaah Muassasah. 64% tanggungan dari kos haji

KUMPULAN M40

  • Bantuan kewangan haji oleh TH RM14,870/seorang jemaah Muassasah. 48% tanggungan dari kos Haji

Pengeluaran KWSP Untuk Bayaran Kos Haji (Muassasah)

Bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP. Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).

Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  • Ahli KWSP
  • Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
  • Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
  • Berumur kurang 55 tahun

Surat Tawaran & Rayuan Haji Musim Haji 1444H/2023

kos haji 2023

Surat tawaran haji akan mulai diberikan secara berperingkat mulai 22 Mac 2023 kepada  31,600 kepada jemaah terpilih.

Manakala untuk rayuan haji, boleh dibuat melalui platform dalam talian THiJARI mulai Isnin, 27 Mac 2023

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kos haji 2023 yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH), sila rujuk pautan di laman web berikut:

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!