Konvokesyen UiTM Ke-98 2023, Semakan & Pendaftaran
Konvokesyen Uitm Ke-98 2023 Semakan & Tarikh Jadual Sidang Graduan
Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 Sesi Jun 2023 (202398) akan diakan pada tarikh berikut ;
- 18 November hingga 14 Disember 2023 – Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
- 7 Disember 2023 – Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah
- 13 – 14 Disember 2023 – Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak
Graduan dinasihatkan untuk membuat semakan sesi konvokesyen untuk mengelakan sebarang kesulitan.
Sekiranya hasil semakan, pelajar mendapati sesi konvokesyen adalah pada sesi 202399 (Disember 2023), istiadat konvokesyen bagi pelajar sesi 202399 (Disember 2023) dijangka akan diadakan pada Mei/Jun 2024.(Tertakluk kepada pindaan)
Konvokesyen UiTM Ke-98 2023
Majlis istiada konvokeysen UiTM pertama kali diadakan ialah pada tahun 1964. Pada masa itu UiTM di kenali sebagai Pusat Latehan RIDA.
Penganugerahan diberikan kepada 50 orang graduan yang disampaikan oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.
Kini, Istiadat Konvokesyen UiTM 2023 telah masuk kali yang Ke-98. Ianya adalah untuk meraihkan graduan sesi Jun 2023.
Semakan Sesi Konvokesyen
Untuk membuat semakan, anda boleh berbuat demikian dengan melayari https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/graduat
Graduan yang akan menghadiri sesi konvokesyen 202398 (Jun 2023) diwajibkan menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan di pautan https://graduan.mohe.gov.my/SKPG2023
Graduan yang gagal mengisi soal selidik tersebut tidak dibenarkan untuk mengambil jubah konvokeysen.
Surat Jemputan
Surat jemputan untuk menghadiri istiadat konvokesyen boleh di dapati dengan download pada pautan berikut ; https://bit.ly/48HKKzk
Jadual Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 2023 & Tarikh Pengambilan Jubah
Graduan dimestikan membawa dokumen berikut semasa hari pengambilan jubah:
- a) Borang Jubah Graduan;
- b) Slip bayaran yuran konvokesyen dan slip bayaran denda (sekiranya ada) yang telah dijelaskan; dan
- c) Slip Kajian Pengesan Graduan.
Graduan yang tidak dapat hadir semasa pengambilan jubah boleh mewakilkan orang lain untuk pengambilan jubah mengikut jadual yang ditetapkan.
Wakil juga hendaklah membawa dokumen seperti di atas.
Jadual Sidang Konvokesyen UiTM Ke-98 2023
Untuk semakan jadual tarikh dan masa sidang istiadat konvokeysen UiTM ke-98 2023 mengikut cawangan/fakulti/program bagi Penganugerahan ijazah dan diploma bagi semua graduan anda boleh download jadual pada pautan di bawah ;
- Jadual sidang UiTM Shah Alam. ( Semua graduan dari 11 UiTM Cawangan di Semenanjung Malaysia akan diadakan di UiTM Shah Alam)
- Jadual sidang UiTM Cawangan Sabah
- Jadual sidang UiTM Cawangan Sarawak
Untuk senarai nama dan nombor giliran graduan mengikut lokasi Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98 (akan dibuka mulai 20 Oktober 2023)
Yuran Konvokesyen UiTM Ke-98 Sesi Jun 2023
Graduan perlu menjelaskan bayaran yuran konvo, saman dan denda (sekiranya ada).
Bayaran perlu dijelaskan sebelum pengambilan jubah untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Semakan yuran konvo, saman dan denda boleh dibuat mulai 20 Oktober 2023
Notis Pemulangan Jubah, Jadual Sewa Tambahan dan Denda Lewat Pulang Jubah – UiTM Shah Alam juga akan di maklumkan kemudian pada 28 Oktober 2023
Telegram Chat Bendahari Konvo ke-98 (akan dibuka mulai 28 Oktober 2023)
Sila ambil perhatian!
Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah graduan jika:
- a. Tidak mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan.
- b. Tidak menjelaskan yuran konvo/yuran tertunggak/denda.
Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga hari bekerja sebelum hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah berjalan lancar.
Pembayaran boleh dibuat melalui ATM/Kaunter BANK ISLAM/Online payment (FPX) – tertakluk kepada caj bank yang berkaitan. (Panduan Pembayaran Bil Pelajar)
Bayaran akan dikemaskini di lejer pelajar dan boleh disemak dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) selepas transaksi dibuat.
Borang jubah hanya boleh dicetak selepas bayaran telah dibuat (akan dibuka mulai 20 Oktober 2023). Sila buat bayaran yuran konvo terlebih dahulu sebelum mengesahkan kehadiran dan cetak borang jubah untuk pengambilan jubah.
Petua Lulus PhD Dalam Masa 3 Tahun – Penerbit UiTM
Tatacara Pemakaian Jubah
Graduan boleh rujuk video di bawah bagi Tatacara Pemakaian Jubah istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98
Pendaftaran Alumni
Para graduan juga dijemput untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM https://alumniuitm.uitm.edu.my/
T-shirt UiTM Short Sleeve & Long Sleeve
Hubungi
Untuk maklumat lanjut sekiranya graduan mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan, anda boleh menghubungi direktori staff UiTM yang berkaitan seperti yang tertera pada pautan berikut ; https://uitm.edu.my/
Baca juga :
- ‘Scam’ Terima Biasiswa NASA, Ini Kisah Azhar Ali & Felo Perdana
- Academy in Industry (AiI) : Syarat & Cara Memohon