Semakan MRSM 2023 /2024 Kemasukan Tingkatan 1 & 4

Maktab Rendah Sains Mara mengumumkan semakan MRSM 2023/2024 Kemasukan tingkatan 1 & tingkatan 4 boleh dibuat mulai 7 Mac 2023 jam 08:00 malam

Pemohon atau ibu bapa mesti membuat pengesahan terima atau menolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran itu dianggap batal dan tidak sah sekiranya calon tidak mengesahkan penerimaannya dalam had masa.

Cara Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2023/2024

semakan mrsm

Semakan online boleh di buat bermula 7 Mac 2023 bermula 08:00 menerusi pautan berikut :

  1. Layari portal rasmi Mara di pautan berikut: www.mara.gov.my 
  2. Atau terus ke pautan UKKM MARA seperti di bawah: 
  1. Kemudian, log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
  2. Keputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
  3. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.

NOTA: Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.

Selain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan. 

Semakan MRSM 2023 & Tindakan Perlu Dibuat Untuk Menerima Tawaran Kemasukan MRSM


1. Pelajar atau ibubapa perlu membuat pengesahahn segera menerima tawaran tersebut dalam tempoh 7 hari selepas tarikh menerima tawaran.

2. Bagi yang layak, anda dikehendakai untuk Muat turun dan cetak semua dokumen berikut ;

  • Surat Tawaran,
  • Panduan Pendaftaran MRSM,
  • Senarai Semak dan Lampiran A,
  • Borang Deklarasi Covid-19,
  • Borang Maklumat Pelajar dan
  • Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.

3. Seterusnya, anda dikehendaki untuk melengkapkan dokumen-dokumen pendaftaran mengikut Senarai Semak & Lampiran A yang perlu dibawa ketika Hari Pendaftaran.

4. Membuat bayaran yuran pendaftaran.

Kemasukan MRSM 2023/2024

Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mempunyai peluang untuk meneruskan persekolahan di MRSM berbekalkan keputusan cemerlang. 

Para pelajar yang telah membuat permohonan ke MRSM tingkatan 1 dan 4 sesi 2023/2024 boleh membuat semakan keputusan UKKM/tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4  secara berperingkat.

Antara kriteria yang diambil kira adalah seperti berikut:

  • Lulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab
  • Merit Status Sosio Ekonomi (SES) Keluarga

NOTA: 

Merit Status Sosio Ekonomi (SES) Keluarga adalah dasar 60 peratus pengambilan pelajar dalam kalangan berpendapatan rendah atau B40. Keutamaan diberikan kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar. 

Bagi memastikan pelajar B40 ini dapat meneruskan pengajian di MRSM, Mara akan meneruskan program BUDI MARA.

BUDI MARA; Pelajar terpilih akan diberi bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,100 merangkumi yuran persekolahan, pembelian pakaian persekolahan, pakaian harian, keperluan asrama, peralatan persekolahan dan sebagainya.

Rayuan Kemasukan MRSM 2023/2024

Bagi yang tidak berjaya, permohonan rayuan ke MRSM akan dibuka pada 7 hingga 14 Mac ini. secara dalam talian.

Pelajar yang ingin buat permohonan rayuan MRSM hanya perlu buat sekali sahaja.

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan semakan kemasukan MRSM 2023/2024 dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi MARA di saluran berikut:

  • Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my
  • Telefon : 03-2613 2000
  • Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT

Soalan Lazim F.A.Q

Bilakah tarikh semakan kemasukan MRSM 2023 untuk tingkatan 1 dan 4?

Tarikh semakan boleh dibuat bermula 7 Mac 2023 jam 8:00 malam

Bagaimana cara untuk membuat semakan?

Semakan secara online boleh dibuat seperti berikut https://fuh.my/semakan-mrsm-2023

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!