Karangan Jenis Perbahasan: Contoh dan Format Panduan

Karangan jenis perbahasan adalah merupakan salah satu jenis karangan dalam bentuk karangan berformat dan lazim ditanya di dalam peperiksaan.

Perbahasan adalah ucapan yang menyatakan hujah-hujah sama ada menyokong ataupun membangkang sesuatu tajuk yang telah diberikan.

Lazimnya, mempunyai satu tajuk yang dibincangkan dan mempunyai satu pencadang dan pembangkang.

Jenis Perbahasan

Terdapat dua jenis perbahasan yang biasa wujud dilaksanakan iaitu:

  • Perbahasan berbentuk pertandingan
  • Perbahasan bukan pertandingan

Perbezaan kedua-dua jenis perbahasan ini ialah perbahasan berbentuk pertandingan memerlukan penulis untuk meletakkan kata-kata aluan pada permulaan ucapan.

Namun, untuk perbahsan bukan pertandingan, kata-kata aluan tidak diperlukan dan penulis hanya menumpukan kepada tajuk perbahasan sahaja.

Tips Penulisan

Tips penulisan karangan perbahasan yang baik yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

  • Sebelum menulis karangan perbahasan, penulis perlu jelas mengenai pendirian yang perlu diambil supaya penulisan nanti tidak mengelirukan.
  • Jika penulis mengambil peranan sebagai pihak pencadang, penulis haruslah membentangkan hujah-hujah yang menyokong tajuk. Sebaliknya, jika penulis mengambil peranan sebagai pembangkang, penulis mesti mengutarakan hujah-hujah yang menentang tajuk.
  • Segala hujah penulis mestilah tepat, meyakinkan, matang dan logik, serta menjawab kehendak soalan.
  • Penulis perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat, padat dan meyakinkan.

Format Teks Karangan Perbahasan

Karangan perbahasan terbahagi kepada 3 jenis bahagian iaitu:

i) Pendahuluan

Dalam pendahuluan pada perenggan pertama, lazimnya penulis memberikan kata-kata aluan dan menerangkan tajuk perbahasan secara umum

ii) Isi

Penulis perlu menerangkan hujah di bahagian isi karangan.

Lazimnya, isi karangan merangkumi lebih daripada 3 hujah untuk menyokong atau membangkang tajuk yang diberikan.

iii) Penutup

Untuk bahagian penutup, penulis perlu menegaskan semula dan merumuskan hujah-hujah yang telah dikemukakan lebih awal.

Contoh Karangan Jenis Perbahasan

Beberapa contoh karangan perbahasan berikut boleh dijadikan panduan iaitu:

i) Karangan berbentuk pertandingan

Soalan: Anda mewakili pihak pembangkang dalam suatu pertandingan perbahasan yang bertajuk “Aktiviti menonton pita video mendatangkan banyak kesan negatif kepada kehidupan kita”. Tulis hujah anda selengkapnya.

karangan perbahasan

ii) Karangan bukan berbentuk pertandingan

Soalan: Cuti sekolah sepatutnya dijadikan waktu untuk pelajar beristirehat, bukannya dibebankan dengan kelas-kelas tambahan dan tugasan sekolah yang banyak. Bahaskan penyataan ini selengkapnya.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai karangan perbahasan, sila tonton video di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=MnYxOhXoBgM.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!