Kad Pelajar Marrybrown 2023 Kelebihan & Cara Guna

Dapatkan Kad Pelajar Marrybrown Dan Nimati Kelebihan MB Student Card Edisi Chipmunk

Bagi anda yang tak tahu Marrybrown menawarkan promosi khas untuk pelajar-pelajar mendapatkan menu di semua cawangan Marrybrown Malaysia dengan harga RM5.90 sahaja setiap set.

Pelajar boleh mendapatkan kad ini secara percuma di seluruh cawangan restoran. Tiada bayaran dan pendaftaran di perlukan.

Kad Pelajar Marrybrown 2023

kad pelajar marrybrown 2023 chimpunk

Kad Pelajar MB baharu boleh didapati secara PERCUMA dan, anda boleh menikmati dua set hidangan Kad Pelajar dengan hanya RM5.90 setiap satu!

Terdapat dua reka bentuk comel untuk anda pilih dengan penampilan MB Chipmunk istimewa pada setiap kad!

Cara untuk dapatkan Marrybrown Student Card 2023 ini mudah sahaja, hanya perlu tunjukan kad ID Pelajar anda di kaunter Marrybrown seluruh Malaysia sebelum anda membuat pesanan.

Tempoh sah promosi kad pelajar marrybrown ini tamat pada 31 Disember 2023. Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan sekarang tanpa bayaran dan tanpa pendaftaran.

Kelebihan Mendaftar Kad Pelajar Marrybrown

Pelajar yang mendapatkan dan menggunakan kad ini secara PERCUMA, boleh menikmati dua set hidangan Kad Pelajar ini dengan hanya RM5.90 setiap satu

  1. Set A = Chicken Burger & Coca Cola
  2. Set B = 1 Pc MB Crispy Chicken + Mashed Potato & Coca Cola

Baca juga : Menu Rahmah Burger King RM5

Terma & Syarat

Berikut adalah terma dan syarat untuk Kad Pelajar MB 2023:
Terma dan syarat:

  • Tunjukkan kad ini sebelum membuat pesanan.
  • Sah untuk pelajar berumur bawah 25 tahun.
  • Dine-In sahaja.
  • SATU item setiap tawaran setiap pesanan.
  • Tidak sah dengan tawaran, promosi, diskaun dan penghantaran Marrybrown yang lain.
  • Harga tertakluk kepada 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (jika berkenaan).
  • Sah di: Semua Restoran Marrybrown di Malaysia (kecuali Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon, Outlet Premium Johor, Zoo dan cawangan Lapangan Terbang di Malaysia).
  • Promosi ini sah sehingga 31 Disember 2023

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai promosi Kad Pelajar Marrybrown 2023, anda boleh layari website https://marrybrown.com/

Soalan Lazim F.A.Q

Bagaimana cara nak dapatkan kad pelajar MB chimpunk 2023?

Anda boleh dapatkan di semua lokasi Marrybrown dengan hanya perlu tunjukan kad id pelajar anda sahaja

Apakah kelebihan Marrybrown Student Card 2023?

Anda boleh dapatkan set menu MB dengan harga promosi tertakluk kepada terma dan syarat

Cara Guna Kad Pelajar?

Hanya perlu tunjukan kad anda sebelum membuat pesanan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!