Jom Shopping Perayaan 2023 – Bantuan Baucer Selangor RM200

Khas untuk rakyat Selangor program bantuan baucer Jom Shopping Perayaan 2023 diteruskan lagi khusus untuk bantuan sempena tiga perayaan besar Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin berkata, kadar baucar itu dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 manakala pendapatan maksimum keluarga waris dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.

“Penerima Skim Mesra Usia Emas juga layak memohon dana ini berikutan kos sara hidup yang kini mengalami tekanan yang teruk,” katanya dalam kenyataan akhbar pada Isnin. Amirudin berkata, kerajaan negeri memuktamadkannya selepas mendapat maklum balas daripada warga emas yang memohon untuk bantuan Jom Shopping Perayaan, sempena tiga sambutan besar tahun ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Untuk rekod, program ini telah berjalan sejak 2012 dan peruntukan sebanyak RM7.3 juta memberi manfaat kepada 70,995 orang di Selangor untuk membeli barangan keperluan untuk perayaan mereka.

Apa itu Jom Shopping Perayaan Selangor 2023

Skim Bantuan Rakyat Miskin atau lebih dikenali sebagai skim Jom Shopping merupakan skim bantuan yang dilaksanakan kerajaan negeri setiap tahun sejak 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi.

Ini merupakan program bantuan dengan tiga (3) acara utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali yang mana setiap isi rumah berpendapatan rendah akan menerima baucar pembelian barangan keperluan sehingga RM200 untuk tahun 2023 di pasar raya terpilih.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengurangkan beban keluarga yang tidak dapat membuat persiapan raya.

Baucer Jom Shopping Selangor 2023

jom shopping perayaan 2023

Bagi tahun 2023, setiap penerima yang layak akan menerima baucer jom shopping selangor bernilai RM200 kepada golongan B40 bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Untuk tujuan tersebut, Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima

Syarat Kelayakan

  • Masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina / Hari Raya Aidilfitri / Deepavali
  • Pendapatan penerima seisi rumah RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor)
  • Penerima bantuan bukan penerima manfaat KISS dan SMUE

Baca juga : Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara Kerajaan

Cara Permohonan

Untuk permohonan baucer jom shopping selangor, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jom shopping perayaan 2023 secara atas talian melalui website ;https://ssipr-daftar.selangor.gov.my

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai baucer jom shopping perayaan selangor 2023, anda boleh layari https://www.selangorpenyayang.com/

Soalan Lazim

Apa Itu Jom Shopping Perayaan ?

Pemberian bantuan berbentuk baucar bernilai RM200 kepada golongan B40 bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali

Siapa yang layak memohon baucer Jom Shopping Perayaan 2023?

i) Masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina / Hari Raya Aidilfitri / Deepavali
ii)Pendapatan penerima seisi rumah RM2,000 dan ke bawah
iii) Penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor)
iv) Penerima bantuan bukan penerima manfaat KISS dan SMUE

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!