Johor Apprentice 2022 : Program Persediaan Bekerja Untuk Belia Johor
Johor Apprentice 2022 : Program Persediaan Bekerja Untuk Belia Johor ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi program Johor Apprentice 2022 kini dibuka untuk belia Johor timba pengalaman bekerja.
Program ini dibangunkan oleh pentadbiran kerajaan Negeri Johor dan GLC Negeri Johor bagi memberikan pendedahan dan peluang kepada golongan belia untuk menghadapi alam pekerjaan.
Di samping itu, ia juga merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor untuk membangunkan modal insan khususnya anak jati Johor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau luar negara.
Johor Apprentice program memegang matlamat untuk membina individu yang berpersonaltiti dan berketerampilan dari segi kepimpinan. Elaun juga akan diberkan kepada peserta yang mengikuti program ini.
Tarikh Tutup Permohohonan Johor Apprentice 2022
Untuk makluman, tarikh tutup bagi permohonan program ini adalah pada 27 Februari 2022.
Syarat Kelayakan
Permohonan bagi Johor Apprentice adalah terbuka kepada semua anak jati Johor yang memegang kelayakan seperti berikut :
- Berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau luar negara.
- Merupakan anak kelahiran negeri Johor
- Berusia 25 tahun dan ke bawah semasa sedang memohon
- Komited untuk mengikuti latihan sepenuh masa sepanjang enam bulan (Jun sehingga November 2022)
- Berkemahiran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
- Berpengetahuan am luas, terutamanya mengenai negeri Johor, sistem pemerintahan kerajaan, isu-isu semasa dan sebagainya.
- Berkemahiran tambahan seperti kemahiran ICT, kecekapan menguruskan media massa, menyunting video dan lain-lain.
- Keutamaan diberikan kepada yang belum bekerja / menganggur.
Cara Daftar Program Johor Apprentice 2022
Bagi yang berminat, sila kemukakan permohonan secara atas talian dengan mengisi borang permohonan berikut :
Borang Permohonan Johor Apprentice 2022
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Dalyana di talian 019 2662 576 atau layari laman Facebook Rasmi Institut Dato Onn .