Jadual Pembukaan Kaunter BKM 2022 di Pejabat LHDN Seluruh Negeri
Jadual Pembukaan Kaunter BKM 2022 di Pejabat LHDN Seluruh Negeri ~ Sukacita dimaklumkan Kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini dibuka di seluruh negeri untuk kunjungan pemohon.
Pembukaan kaunter BKM bertujuan untuk memudahkan urusan pemohon untuk kemukakan borang atau mendapatkan bantuan serta maklumat lanjut berkenaan permohonan atau kemaskini secara online.
Kaunter BKM boleh didapati di beberapa cawangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan anda.
Pemohon perlulah sedia maklum bahawa Kaunter BKM hanyalah dikhaskan untuk urusan berkaitan BKM sahaja.
Baca Juga : Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Isi Rumah Dan Bujang
Untuk makluman anda, jadual pembukaan kaunter BKM 2022 telah dikeluarkan dan telah mula beroperasi mulai 2 Januari hingga 31 Januari 2022 kecuali pada hari-hari cuti tertentu.
Urusan Bantuan Keluarga Malaysia di Kaunter
Pemohon boleh kunjungi kaunter BKM berdekatan untuk urusan atau berhadapan dengan isu seperti berikut :
- Permohonan baharu
- Kemaskini maklumat
- Penyerahan dokumen berkaitan
- Masalah teknikal akaun MyBKM
- Masalah kata laluan akaun MyBKM
- Pertanyaan serta maklumat lanjut mengenai BKM
Lokasi Kaunter BKM 2022
Pembukaan kaunter BKM 2022 adalah di lokasi seperti berikut :
- Cawangan LHDN berdekatan
- Pejabat Satelit (PS) LHDN
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN
Borang Permohonan & Kemaskini BKM 2022
Sebelum hadir ke kaunter BKM 2022, para pemohon baharu dinasihatkan untuk membawa borang yang telah lengkap diisi atau dikemaskini.
Sila klik di bawah untuk dapatkan borang bagi permohonan baharu :
Borang Permohonan (Untuk Pemohon Baharu)
Para pemohon sedia ada dinasihatkan untuk kemaskini maklumat dengan Log Masuk akaun MyBKM masing-masing di pautan ini :
https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
Jadual Pembukaan Kaunter BKM 2022
Jadual pembukaan kaunter BKM 2022 seluruh negara adalah seperti berikut :
Maklumat Pembukaan Kaunter BKM 2022
Berikut adalah antara maklumat penting bagi pemohon yang merancang untuk hadir ke Kaunter BKM 2022 dalam masa terdekat.
- Cawangan yang beroperasi pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang
- Kaunter BKM 2022 ditutup pada setiap hujung minggu, cuti umum, dan cuti negeri (bagi negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di atas.
- Notis akan dipamerkan pada premis bagi Kaunter BKM 2022 yang tidak beroperasi pada tarikh di atas.
- Waktu operasi Kaunter BKM 2022 di UTC adalah tertakluk kepada jadual waktu operasi UTC di tempat berkenaan.
- Masa pembukaan Kaunter BKM 2022 adalah tertakluk kepada pindaan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pembukaan Kaunter BKM 2022, anda boleh hubungi Hotline BKK LHDNM di talian 1 800 88 2747.