Intipati Belanjawan 2023 Malaysia Madani
Berikut intipati belanjawan 2023 Malaysia Madani ringkasan bajet 2023 daripada pembentangan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan.
Belanjawan 2023 dibentuk hasil daripada pendekatan dan usaha secara konsultatif dan inklusif bersama pelbagai pemegang taruh.
Dalam hubungan ini, lebih 100 sesi perbincangan bersama kumpulan fokus telah dilaksanakan dalam bulan Januari dan Februari 2023; dan hampir 3,282 cadangan telah diterima melalui portal Belanjawan 2023 dan diteliti.
Bajet 2023 pada asalnya dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lalu namun tidak sempat diluluskan selepas Parlimen dibubarkan.
Maka di atas iltizam tersebut, Belanjawan 2023 bertemakan Membangun Malaysia Madani, seiring dengan agenda Belanjawan 2023 yang akan menjadi langkah pertama yang menyusul teras pembangunan Negara MADANI. Semua usaha yang dirangka akan mendasari setiap rukun MADANI.
Kerangka ini merupakan konsep yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri berpaksikan kepada enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan serta ihsan dan rahmah.
Intipati Belanjawan 2023
Secara ringkasnya intipati belanjawan 2023 Malaysia Madani yang telah dirangka untuk pelan pembangunan dengan tema Membentuk Malaysia Madani memperuntukan ;
- Jumlah peruntukan keseluruhan Belanjawan 2023 = RM388.1 bilion (2023), RM372.3 bilion (10/2022)
- Belanja mengurus = RM289.1 bilion, belanja pembangunan = RM99 bilion
- Peruntukan pembangunan = Melebihi RM97 bilion
INISIATIF PEMBIAYAAN PMKS
- RM40 bilion = Kemudahan peminjam usahawan PMKS
- RM1.7 bilion = Disediakan di bawah BNM, BSN dan TEKUN
- RM300 juta = PMKS untuk golongan wanita dan belia
- RM10 juta = Bantuan modul dari TEKUN
INISIATIF UNTUK GOLONGAN BELIA
- Bantuan eTunai Belia Rahmah
- Jumlah peruntukan = RM400 juta, Pemberian sebanyak RM200 (2 juta belia, berusia 18 hingga 20 tahun)
INISIATIF KOS SARA HIDUP
- Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 (B40)
- Jumlah peruntukan = RM8 bilion, 8.7 juta penerima
- Bergantung kepada bilangan anak sebanyak RM2500, Golongan isi rumah B40 (RM2500 ke bawah)
- RM600 = Tambahan untuk bakul makanan dan baucar makanan asas
- RM3100 = Sumbangan Bakul Rahmah
INSIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR)
- Tujuannya membantu golongan miskin
- Jumlah peruntukan IPR = RM750 juta
- RM2.5 bilion = Bantuan kebajikan diberikan 400 juta penerima
- RM64 bilion = Subsidi, bantuan serta insentif
- RM250 juta = Usaha membantu golongan rentan miskin
- Jualan Rahmah
- Jumlah peruntukan = RM100 juta untuk 222 kawasan Parlimen
INISIATIF PARA GRADUAN PERKESO
- Jumlah peruntukan = RM50 juta
- RM400 sebulan/6 bulan = Insentif para majikan menggaji 17 ribu graduan
- RM750 sebulan/6 bulan = Insentif majikan untuk golongan OKU, banduan, gelandangan, tegar
- RM40 juta = Pekerja GIG kepada 30 ribu orang bekerja
- RM100 juta = Tanggungan 80 peratus pekerja daripada nilai caruman PERKESO
LESEN MEMANDU
- Ujian memandu percuma bagi motorsikal kelas B2, teksi dan bas serta perkhidmatan e-hailing ditanggung kerajaan
PRASARANA AWAM
- RM2.7 bilion = Selenggara dan naik taraf jalan persekutuan
- RM1.5 bilion = Keseluruhan jalan perhubungan desa dan jalan luar bandar
- RM100 ribu = Penurapan jalan oleh Khidmat Jurutera Daerah (seluruh kawasan daerah)
- RM300 juta = Selenggara kecil bagi jalan persekutuan dan jalan kampung
- RM50 juta = Pemasangan lampu jalan
- RM5.2 bilion = Selenggara jalan negeri oleh MARRIS
- RM1.2 bilion = Membaik pulih 400 buah klinik, 380 sekolah daif
- Pembersihan hasil cukai kerajaan untuk golongan rakyat = RM900 juta
INFRASTRUKTUR RANGKAIAN JALUR LEBAR
- Projek JENDELA dipercepatkan
- RM725 juta = Melaksanakan ketersambungan rangkaian Internet
PEMBANGUNAN SABAH DAN SARAWAK
- Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak = RM6.5 bilion, RM5.6 bilion
- RM1 bilion = Membina bandar bersempadan di Kalimantan, Indonesia
- RM2.5 bilion = Melaksanakan projek bagi prasarana awam
- RM20 bilion = Menyenggarakan pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo dan Sabah-Sarawak Link Road (jajaran melebihi 1000km)
- Program Pembasmian Kemiskinan Bersetuju menggunakan sebahagian jumlah bayaran petroleum daripada Sabah dan Sarawak
- Sabah, Sarawak terima manfaat besar daripada peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.
- Sejumlah RM30 juta diperuntukan untuk memperbanyakkan kemudahan klinik, bank dan mahkamah bergerak di Sabah dan Sarawak.
INISIATIF PENDIDIKAN
- Pengagihan komputer riba = 50 ribu unit diagihkan bagi sekolah dan institusi pengajian KPM
BANTUAN KHAS
- Bantuan khas kewangan Aidilfitri = RM700 (penjawat awam Gred 56 ke bawah), RM350 (pesara kerajaan)
INSENTIF KWSP (i-MADANI)
- Kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.
AMANAH SAHAM BUMIPUTERA
- Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Saiz dana Amanah Saham Malaysia ditingkatkan sebanyak RM5 bilion
PENGENALAN CUKAI BARU
- Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah. Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah.
- Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah
- Duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape
PELEPASAN MUFLIS SERTA-MERTA
- Akta Insolvensi 1967 akan dipinda supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa singkat.Kes muflis dengan hutang kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.
- Kerajaan juga menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaan tersebut
Maklumat Lanjut
Selain daripada ringkasan intipati belanjawan 2023 Malaysia Madani, anda juga boleh melihat dengan lebih terperinci pembentangan belanjwan yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim melalui laman web berikut https://budget.mof.gov.my/ms/