Permohonan Insentif Pengusaha Homestay & Chalet Johor RM1000

Para pengusaha homestay dan chalet di Negeri Johor yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan Bantuan one-off sebanyak RM1000 menerusi Insentif Pengusaha Homestay & Chalet.

Untuk makluman, bantuan one-off ini diberikan melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni bin Mohamad melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 pada 10 Jun 2021 yang lalu.

Menerusi pakej ini, Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM1.74 juta disediakan bagi membantu penggiat sektor pelancongan termasuk pengusaha homestay dan chalet di negeri tersebut.

Permohonan bagi Insentif Pengusaha Homestay & Chalet ini telah dibuka mulai 15 Jun dan akan ditutup pada 30 Jun 2021.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan kepada pengusaha homestay dan chalet yang layak adalah sebanyak RM1000 secara one-off.

Syarat Permohonan

Terdapat 2 sahaja syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon iaitu:

  1. Pemohon mestilah berdaftar dengan Persatuan Homestay Negeri Johor (bagi permohonan homestay); atau pemohon mestilah berdaftar dengan persatuan yang diiktiraf di Negeri Johor.
  2. Pemohon diwajibkan untuk membuat pendaftaran program vaksinasi COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera atau mana-mana saluran yang disediakan dan sertakan bukti pendaftaran vaksin di dalam aplikasi MySejahtera/saluran yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara Memohon

Para pengusaha homestay dan chalet yang ingin membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://johortourism.org/.
  2. Klik butang ‘Pengusaha Homestay/Chalet’ di bahagian sektor pelancongan.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Bukti telah membuat pendaftaran sebagai Ahli Persatuan Homestay Negeri Johor atau pengusaha chalet boleh membuat pendaftaran bersama persatuan yang terdapat di negeri Johor.
  3. Salinan Penyata Bank.
  4. Bukti premis

Tarikh Pembayaran

Pemohon yang diluluskan permohonan mereka akan mendapat bayaran tersebut secara berperingkat mulai Julai 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Pengusaha Homestay & Chalet ini, sila layari Facebook Toursim Johor di pautan https://www.facebook.com/tourismjohor.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!