Insentif Kerjaya Madani : Syarat Kelayakan & Kadar Insentif
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini telah melancarkan Insentif Kerjaya Madani 2023 bagi mengurangkan kadar pengangguran lebih lagi di kalangan golongan terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU), miskin tegar dan bekas banduan.
Kementerian menerusi Perkeso juga akan mengadakan kempen bagi menggalakkan majikan agar memberi perhatian serta keutamaan terhadap pekerja tempatan dalam pengambilan pekerja baharu.
Untuk makluman, permohonan bagi Insentif Kerjaya Madani telah dibuka bermula 1 Mei 2023 dan akan ditutup pada 31 Disember 2023.
Baca Juga : SKSPS PERKESO Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri , SPS Padanan Caruman
Insentif Kerjaya Madani oleh PERKESO
Terdapat 3 jenis insentif ini yang diumumkan kerajaan iaitu:
- Program Daya Kerjaya
- Daya Kerjaya TVET
- Program Bina Kerjaya
Ayuh kita semak butiran bagi setiap satu insentif.
Program Daya Kerjaya
Program Daya Kerjaya adalah bantuan yang ditawarkan buat majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu daripada golongan mudah terjejas mulai 1 Januari 2023.
Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah :
- Individu menganggur tegar/Belia yang menganggur secara berpanjangan.
- Wanita/Ibu Tunggal atau suri rumah yang tidak aktif bekerja.
- Tempoh menganggur sebelum pengambilan adalah sekurang-kurangnya 2 bulan.
Tempoh serta kadar insentif yang ditawarkan bagi program ini adalah :
- RM600 kepada majikan bagi setiap pekerja.
- Maksima 3 bulan kepada majikan.
Daya Kerjaya TVET
Program Daya Kerjaya TVET ialah program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET dan Lepasan Sekolah iaitu sebuah insentif latihan yang merupakan Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM 4,000.
Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah :
- Graduan institusi awam dan swasta yang diiktiraf oleh agensi seperti Malaysia Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau setaraf.
- Taraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke bawah.
- Berumur 16 sehingga 40 tahun.
- Tempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.
Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:
- Yuran Latihan Kompentesi dan RPEL – sehingga RM2,500
- Yuran Latihan Profesional dan Microcredential – sehingga RM4,000
Program Bina Kerjaya
Program Bina Kerjaya pula diwujudkan bagi meningkatkan potensi individu bekerja di bawah Sektor Tidak Formal memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian RP pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA/IPTS/JPK/MQA/badan ikhtisas/pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA, BOE, dan MIA.
Syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Pekerja gig, bekerja sendiri, petani, nelayan, atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau sebagainya.
- Berumur 16 tahun hingga 40 tahun.
Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:
- Kadar bayaran latihan sehingga RM4,000.
- Elaun sebanyak RM300 sebulan untuk 3 bulan.
Kaedah Memohon
Permohonan insentif ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi pautan https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai insentif ini, sila layari laman web PERKESO di pautan https://www.perkeso.gov.my/.