i-Sayang KWSP 2023 Permohonan,Syarat & Semakan
Terkini i-Sayang KWSP telah dilancarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaras dengan konsep Malaysia Madani yang di perkenalkan kerajaan hari ini. Ianya juga sebagai langkah pihak kerajaan yang memberikan komitmen dalam menjaga kepentingan kaum wanita di samping menerapkan nilai kekeluargaan.
Dengan adanya kemudahan dan inisiatif ini, golongan suami boleh berkongsi hasil caruman dengan rela hati sebanyak dua peratus setiap bulan kepada isteri tercinta.
Ianya juga membantu sebagai tabungan tetap persediaan dari segi kewangan buat para isteri untuk masa hadapan.
Apa Itu i-Sayang KWSP
i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
Ciri-ciri i-Sayang KWSP
- Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
- Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
- Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
Cara Pengiraan
Cara pengiraan pindahan 2% caruman i-Sayang daripada akaun suami (pemberi) ke akaun isteri (penerima) adalah seperti berikut:
Formula pengiraan 2% / 11% (kadar berkanun syer pekerja) x jumlah caruman pekerja.
Contoh ;
Jom kita buat pengiraan berdasarkan gaji minimum RM1500 dan RM5700 (gaji median lelaki pemegang ijazah tahun 2021 Open DOSM).
2% i-Sayang bagi gaji RM1500 dan RM5700 adalah RM30 dan RM114.
Andaian yang digunakan:
- Purata kenaikan gaji tahunan 5%
- Purata dividen tahunan KWSP 5%
- Tidak pernah terima sebarang bonus dari majikan
2% i-Sayang anda akan menyumbang kepada tambahan simpanan persaraan isteri mengikut tahun seperti berikut:
- 10 tahun 6k vs 22k
- 15 tahun 11k vs 42k
- 20 tahun 19k vs 71k
- 25 tahun 30k vs 113k
Kredit FB : Mo Amen
Syarat Kelayakan
SUAMI – PEMBERI
- Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
- Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 75 tahun
- Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
ISTERI – PENERIMA
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 75 tahun
- Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Cara Permohonan i-Sayang KWSP
Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:
- i. i-Akaun (Ahli); ATAU
- ii. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Suami juga tidak perlu untuk mendapatkan persetujuan daripada isteri untuk pendaftaran. Walaubagaimanapun caruman yang telah dipindahkan ke dalam akaun isteri (penerima) tidak boleh dipindahkan kembali ke akaun suami (pemberi).
Caruman i-Sayang adalah terhad kepada 2% sahaja setelah mengambil kira situasi suami berkahwin dengan 4 orang isteri. Oleh itu, jumlah pindahan adalah 8%. Baki syer pekerja suami adalah 3% daripada jumlah syer pekerja sebanyak 11%.
Pemindahan caruman i-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima) selepas tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan caruman syer pekerja suami (pemberi).
Semakan i-Sayang KWSP
Untuk semakan i-Sayang KWSP, amaun pindahan caruman i-Sayang akan dipaparkan dalam penyata KWSP tahunan suami (pemberi) dan isteri (penerima) yang boleh disemak melalui i-Akaun (Ahli). Walaubagaimanapun hanya suami (pemberi) boleh menyemak status pendaftaran i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli). Rujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan i-Sayang KWSP boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:
- i. Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my; ATAU
- ii. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU
- iii. Cawangan KWSP yang berhampiran.
Soalan Lazim F.A.Q
i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
Caruman i-Sayang adalah terhad kepada 2% sahaja setelah mengambil kira situasi suami berkahwin dengan 4 orang isteri. Oleh itu, jumlah pindahan adalah 8%. Baki syer pekerja suami adalah 3% daripada jumlah syer pekerja sebanyak 11%.
Tidak boleh. Caruman yang telah dipindahkan ke dalam akaun isteri (penerima) tidak boleh dipindahkan kembali ke akaun suami (pemberi).