I-PUSH : Permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Mikro Tanpa Faedah Sehingga RM10,000
I-PUSH : Permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) akan dibuka mulai 1 April 2022 sehingga 30 April 20221 . Ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan Negeri dapat mengemukakan permohonan masing-masing.
Apa itu Skim I-PUSH Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Pahang
Merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Pahang 2022 dengan peruntukan sejumlah RM20 juta. Secara keseluruhan, Skim I-PUSH yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 dapat memanfaatkan lebih 2,500 penerima (usahawan mikro) yang terjejas ekoran pandemik Covid-19. Bagi mengurangkan beban pemohon, pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah turut diperkenalkan dalam skim I-PUSH iaitu lima (5) tahun tempoh pembiayaan termasuk tahun pertama moratorium yang diberikan. Jumlah pembiayaan akan disalurkan untuk setiap pemohon yang berjaya adalah antara RM3,000 sehingga RM10,000 berdasarkan syarat-syarat kelayakan tertera2 . Selain, tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Panel Pemilih Skim I-PUSH yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.
Menerusi Skim I-PUSH ini, Kerajaan Negeri akan menjalin hubungan kerjasama dengan bank tempatan sebagai bank pelaksana atau ejen I-PUSH. Kerajaan Negeri percaya bantuan pembiayaan ini dapat dicapai kepada kumpulan sasar yang lebih meluas melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dengan bank pelaksana yang akan diputuskan kelak.
Tarikh Tutup Permohonan
Usahawan mikro negeri Pahang yang layak dan bermint boleh membuat pendataran permohonan bermula 1 April sehingga 30 April 2022
Syarat Kelayakan
- Rakyat Pahang
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Bermaustatin di negeri Pahang melebihi 10 tahun
- Menjalankan perniagaan melebihi 1 tahun (sebelum atau pada Mac 2021)
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Mempunyai lesen perniagaan/ permit sementara PBT
- Tidak bankrap
- Golongan B40
- Keutamaan diberikan kepada peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid19
- First come, first serve
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman melalui https://smu.pahang.gov.my
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan Permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) anda boleh hubungi ;
Pembangunan Usahawan
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN)
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Tingkat 4, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan Pahang
No. Telefon: +609-512 4597
No. Faks: +609-515 6327
Website : https://smu.pahang.gov.my