FUH » Info » i Miliki Malaysia – Permohonan Pengecualian Duti Setem Sehingga 100% Untuk Pembelian Rumah Pertama

i Miliki Malaysia – Permohonan Pengecualian Duti Setem Sehingga 100% Untuk Pembelian Rumah Pertama

i miliki malaysia

Terkini Perdana Menteri Dato Ismail Sabri telah mengumumkan I miliki Malaysia, iaitu inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia dengan pengecualian duti setem 100 peratus bagi pemilikan rumah pertama berharga RM500,000 dan ke bawah mulai 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.

Manakala pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus pula melibatkan rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.

Apa Itu i Miliki ?

i miliki 2022

Merupakan satu insiatif kerajaan untuk membantu keluarga malaysia dengan hasrat ke arah 1 keluarga 1 rumah iaitu untuk membolehkan setiap satu keluarga memiliki satu rumah dengan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi sebuah inisiatif yang berkuat kuasa 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.

Tempoh pengecualian Duti Setem Pembelian Rumah Pertama

Pengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.

Contoh Pengiraan

  1. Harga rumah : RM 300,000
    1. Legal fees SPA : RM3,000
    1. Stamp duty SPA : RM5,000 (free)
    1. Loan agreement fees : RM,3000
    1. Stamp duty loan : RM1,500 (free)
  2. Harga rumah: Rm 600,000
    1. Legal fees spa : RM 5,800
      Stamp duty spa : RM 12,000 (diskaun 50%)
    1. Loan agreement fees : RM 5,800
    1. Stamp duty loan : RM 3,000 (diskaun 50%)

*Nota: Kiraan di atas belum termasuk disbursement, SST, misc dan lain-lain.

Meskipun pengecualian duti setem itu akan mengurangkan kutipan hasil kepada negara, namun beliau menegaskan bahawa tindakan itu merupakan komitmen kerajaan kepada Keluarga Malaysia

Katanya, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.

i Miliki Permohonan

Cara dan syarat-syarat permohonan akan di kemaskini dari masa ke semasa.

Insiatif Lain

Selaian daripada insiatif i Miliki Malaysia, antara insiatif berkaitan yang turut di umumkan dalam Perasmian Program Pemilikan Rumah (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022, oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri dalam masa sama menyatakan, jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 merupakan usaha kerajaan dengan kerjasama REHDA dalam memperkasa pemilikan rumah dalam kalangan kumpulan sasaran B40 dan M40.

  • Program pemilikan kediaman (HOPE) bantu promosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat, melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik
  • Satu pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik yang pertama seumpamanya sedang dibangunkan KPKT sebagai panduan mengenai harga rumah mampu milik seluruh negara
  • Program Perumahan Rakyat (PPR) akan terus diperkukuh dengan hala tuju baharu, komponen yang dapat tingkatkan daya huninya

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai i-Miliki Malaysia, anda boleh layari https://www.kpkt.gov.my/ 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top