i-Berkat : Bantuan Kasih Bangsa Johor Sumbangan Kit Kesihatan

Bantuan i-Berkat Bangsa Johor telah di buka permohonan sehingga 31 Mei 2022. Program ini menawarkan bantuan sumbangan berupa kit kesihatan kepada mereka yang berisiko atau menghidap kencing manis dan darah tinggi serta barang keperluan pesakit kronik atau terlantar kepada golongan sasar.

Ianya merupakan salah satu program insiatif kerajaan negeri Johor daripada 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor secara menyeluruh di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor . Bantuan ini akan disalurkan melalui YPDKT yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi pada April 2022 yang lalu.

Insentif ini adalah bagi menyantuni dan membantu meringankan beban golongan sasar yang kurang berkemampuan.

 

i berkat bantuan kasih bangsa johor

Golongan Sasar i-Berkat

 

Program ini menyasarkan golongan keluarga berpendapatan rendah B40 yang terdiri daripda ibu tunggal,wanita berpendapatan rendah,bapa tunggal,belia remaja,kanak-kanak. Selain itu inya juga menyasarkan golongan orang kurang upaya,warga emas dan pesakit kronik/terlantar

 

Syarat Permohonan

  1. Terbuka kepada semua warganegara malaysia (b40, oku, warga emas, pesakit kronik atau terlantar)
  2. Permohonan barang tertakluk pada kelayakan dan kelulusan

 

Dokumen Sokongan

  1. Sila lampirkan salinan kad pengenalan / mykid / surat beranak
  2. Sila lampirkan salinan rawatan perubatan / pengesahan rekod kesihatan oleh pegawai perubatan (jika sakit / terlantar)

 

Cara Permohonan i-Berkat

  • Untuk permohonan, sila klik pautan borang berikut https://forms.gle/haxhLCnqzHUTww2e8 atau boleh hadir ke pejabat YPKDT yang terdekat.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2022 (Selasa)

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengeni banrtuan i-Berkat : Bantuan Kasih Bangsa Johor ini, anda boleh layari laman web rasmi wwww.ypkdt.org.my atau hadir ke pejabat YPKDT  yang terdekat atau anda juga boleh hubungi nombor telefon : 07-2666526

 

Soalan Lazim

 

Apakah Itu i-Berkat ?

Merupakan salah satu insiatif di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor. Program ini menawarkan sumbangan kit kesihatan kepada mereka yang berisiko/menghidap kencing manis dan darah tinggi serta barang keperluan pesakit kronik/terlantar kepada golongan sasar.

Bilakah Tarikh Tutup Permohonan ?

31 Mei 2022 (Selasa)

Bagaimanakah Cara Permohonan ?

Untuk permohonan, sila klik pautan borang berikut https://forms.gle/haxhLCnqzHUTww2e8 atau boleh hadir ke pejabat YPKDT yang terdekat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!