GSSK : Geran Sepadan Sektor Kebudayaan 2022

Berita baik! Geran Sepadan Sektor Kebudayaan GSSK 2022 di buka kepada pihak swasta, pemain serta penggiat industri seni dan kebudayaan sepanjang tahun semasa (2022).

Menerusi geran ini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia memperuntukan sebanyak RM500,000 untuk untuk penganjuran program / acara domestik ekosistem kesenian dan kebudayaan di negara ini.

Apa Itu Geran Sepadan Sektor Kebudayan GSSK?

geran sepadan sektor kebudayaan

Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) merupakan inisiatif Kerajaan yang diumumkan melalui Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC bagi memastikan ekosistem kesenian dan kebudayaan di negara ini terus kekal berdaya saing dan diperkasa susulan penularan pandemik Covid-19

Inisiatif ini dirangka bagi membantu para penggiat industri dari pelbagai sektor dan latar belakang dalam penganjuran program/ acara seni budaya yang berimpak tinggi pada tahun 2022.

Ianya juga bertujuan menyemarakkan dan merancakkan semula sektor kebudayaan sebagai langkah pemulihan sektor ini yang terjejas susulan penularan wabak pandemik Covid-19.

Selain itu, ianya juga bagi memastikan industri kebudayaan terus berdaya saing dengan memberi sokongan dan bantuan (insentif) kepada para penggiat industri sebagai penggerak ekosistem kesenian dan kebudayaan negara.

Maklumat Geran GSSK

  • Nama geran : Geran Sepadan Sektor Kebudayaan 2022
  • Penganjur : Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
  • Kadar peruntukan :
    • Domestik RM500,000
  • Tarikh permohonan : 1 April 2022

Kaedah Saluran

  1. Peruntukan
    • NGO/NPO – mkasimum sehingga 90% daripada kos anggaran perbelanjaaan keseluruhan
  1. Syarat -maksimum sehingga 80% daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan
  1. Kadar penyaluran – penyaluran pertama / deposit sehingga 80% daripada jumlah kelulusan sebelum sesuatu program/acara bermula, manakala baki akan di salurkan selpas MOTAC menerima dokumen-dokumen lengkap daripada pemohon

Baca juga : Permohonan Geran Bantuan Khas MM2H Pemerkasa One-Off RM3000

Skop Permohonan

  • Penganjuran program dan acara yang dirancang hendaklah bersesuaian dan selaras dengan bidang keutamaan, dasar serta objektif MOTAC dalam merangsang dan memberikan faedah kepada industri. Pelaksanaan program dan acara adalah dalam bentuk fizikal, digital dan hibrid bergantung kepada situasi tahap semasa pandemik Covid-19 negara.
  • Konsep dan kandungan program dan acara yang tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia atau menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik.

Kategori Permohonan

gssk 2022
  • Persatuan Seni, Budaya dan Warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966;
  • Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966;
  • Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016;
  • Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993; dan
  • Lain-lain entiti berdaftar dengan Kerajaan dan diiktiraf oleh MOTAC.

Skop Acara / Program

  • Pameran /Espo /festival
  • Pementasan/peresmbahan
  • Pertandingan
  • Persidangan/seminar/bengkel/simposium/kolokium
  • Penerbitan/rakaman/pendokumentasian/pendigitalan
  • Program-program lain seumpamanya yang dikitiraf MOTAC

Bidang Seni, Budaya dan Warisan

Bidang-bidang seni, budaya dan warisan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:

  • Seni Tarian;
  • Seni Muzik;
  • Seni Lakon (teater, filem dan drama);
  • Kraf;
  • Seni Mempertahankan Diri;
  • Adat dan Budaya (adat istiadat, busana/kostum, kulinari, permainan tradisi dan perubatan tradisi);
  • Seni Halus (seni lukis, seni hias, anyaman/sulaman manik/tekad, ukiran, pertukangan, khat dan kaligrafi, seni bina serta lanskap);
  • Bahasa dan Kesusasteraaan (tulisan jawi, sastera rakyat/lagu dan cerita rakyat, sajak, gurindam, pantun, syair dan teromba); dan
  • Audio Visual dan Media Interaktif (grafik, pameran, teknologi maklumat, seni foto dan media sosial).

Cara Permohonan

  • Borang permohonan dan garis panduan untuk geran boleh dimuat turun menerusi laman web koprat Tourism Malaysia https://www.tourism.gov.my/
  • Permohonan lengkap perlu dikemukakan kepada urustia melalui hard copy secara serahan tangan /courier dan e-mel salinan keada ;

URUS SETIA

GERAN PADANAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA (GPPSB) LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA (TOURISM MALAYSIA)

BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK, ARAS 2, NO.2, MENARA 1,

JALAN P5/6, PRESINT 5, 62200 PUTRAJAYA

DAN

E-MEL KEPADA:

[email protected]

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI: 03-8891 8191 / 8196 / 8232

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitanGeran Sepadan Sektor Kebudayaan 2022 juga anda boleh dapatkan di sini

Baca juga : Permohonan Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah Yayasan Pahang

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!