Go Digital Sarawak : Cara Mohon Geran Untuk Pendigitalan Bisnes PKS

Berita baik buat peniaga Sarawak yang ingin kembangkan perniagaan ke platform digital. Kini, kerajaan negeri Sarawak telah melancarkan sebuah inisiatif iaitu GoDogital Sarawak bagi menyokong transisi pendigitalan perniagaan kecil dan sederhana di negeri tersebut.

Diasaskan oleh MINTRED, inisiatif ini turut dikuasakan oleh SDEC bagi membiayai alatan teknologi kepada MSMEs Sarawak bagi tujuan pendigitalan bisnes selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

Apa Itu Go Digital Sarawak?

Program Go Digital Sarawak merupakan satu inisiatif di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) dalam memulakan perniagaan secara digital.

Objektif serta matlamat utama bagi inisiatif GoDigital Sarawak adalah :

  • Membantu Usahawan yang terkesan dengan Pandemik COVID-19
  • Untuk membangunkan usahawan sedia digital di seluruh Sarawak
  • Untuk merealisasikan usaha pendigitalan Kerajaan Negeri
Go Digital Sarawak

Tempoh Permohonan

Untuk makluman, tempoh permohonan bagi bantuan dibuka bermula 12 Jun 2023 hingga 12 Julai 2023.

Jenis Bantuan

Inisiatif GoDigital Sarawak bakal memberi peluang kepada peniaga PKS yang berkelayakan untuk terlibat dalam keusahawanan digital dengan pembelian perkakasan dan perisian bernilai sehingga RM 10,000.

Go Digital Sarawak

 Cara Mendaftar & Memohon

Permohonan bagi geran Go Digital Sarawak ini boleh dilakukan menerusi atas talian menerusi pautan : https://go.sarawak.digital/

Pengguna baharu boleh ikuti panduan pendaftaran akaun seperti berikut :

  1. Klik butang ‘Register Now’ untuk mendaftar
  2. Isikan butiran anda dalam borang pendaftaran (Registration Form)
  3. Pilih medium komunikasi pilihan (SMS atau Whatsapp) dan kategori perniagaan
  4. Klik butang Next
  5. Masukkan dan sahkan kata laluan anda.
  6. Sila klik pada persetujuan terma dan syarat untuk meneruskan.
  7. Klik butang ‘Submit’ untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  8. Semak emel untuk sahkan pendaftaran.

Cara Memohon

Setelah pendaftaran selesai, anda boleh mula membuat permohonan bagi geran GoDigital Sarawak.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :

  1. Layari laman web https://go.sarawak.digital/ dan log masuk akaun anda dengan memasukkan emel dan kata laluan
  2. Lengkapkan maklumat di halaman Profil
  3. Lengkapkan maklumat di halaman Adresses (Alamat)
  4. Lengkapkan maklumat di halaman Business Info (Maklumat Perniagaan)
  5. Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dalam format PDF:
    1. Sijil Pendaftaran Perniagaan (wajib)
    1. Salinan Nama Perniagaan (pilihan)
    1. Lesen Perniagaan (pilihan)
    1. Borang 9 (jika ada, pilihan)
  6. Klik pada butang ‘Save Changes’ untuk menyimpan butiran anda.
  7. Klik pada butang ‘Back to Business’
  8. Klik pada ‘Products’ untuk mengakses peranti digital dan perisian yang tersedia untuk permohonan.
  9. Klik pada ‘+’ untuk menambahkan peranti digital dan/atau perisian yang diinginkan ke dalam ‘Basket’.
  10. Klik pada ikon ‘Cart’ untuk melihat perkakasan dan/atau perisian yang telah anda pilih untuk dipohon. Pastikan anda tidak melebihi had yang ditetapkan.
  11. Klik butang ‘Hantar Permohonan Anda’ untuk meneruskan dengan penyerahan.
  12. Klik butang ‘Proceed To Application Details’ untuk meneruskan.
  13. Periksa dan mengesahkan butiran peribadi dan butiran perniagaan anda
  14. Klik butang ‘Proceed To Delivery Info’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya.
  15. Sahkan alamat penghantaran anda – Jika permohonan anda berjaya, item anda akan dihantar ke alamat ini.
  16. Klik butang ‘Proceed To Submission’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya.
  17. Halaman Penghantaran Permohonan – ‘Submit’
  18. Setuju dengan Terma dan Syarat dan Permohonan Akhir
  19. Klik butang ‘Submit’ setelah bersetuju dengan Terma dan Syarat

Nota :

  • Setiap pengguna hanya dibenarkan untuk kemukakan satu permohonan sahaja.
  • Pemohon akan dihubungi bagi memaklumkan status permohonan mereka dalam masa yang sesuai.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut serta perkembangan terkini mengenai inisiatif ini, sila ikuti laman Facebook Sarawak Digital and Innovation dan sertai kumpulan Telegram Komuniti Kamek Digital SDEC.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!