GKP 4.0: Permohonan Baharu Bayaran RM1,000 Mulai Julai 2021

Usahawan PKS mikro yang layak akan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 menerusi Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 yang lalu.

Sepanjang pelaksanaan GKP, inisiatif ini telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan terutamanya dalam kalangan peniaga kecil dan mikro yang masih tidak dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Oleh itu, Perdana Menteri memaklumkan pelaksanaan GKP 4.0 adalah bagi mengurangkan beban dan kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha PKS mikro ketika pelaksanaan PKP 3.0 yang masih berkuatkuasa pada hari ini.

GKP 4.0 akan memanfaatkan 1 juta usahawan PKS mikro yang terjejas seperti pemilik workshop, kedai roti dan kek, pengusaha kedai gunting rambut, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain lagi.

Apakah Yang Dimaksudkan GKP?

GKP merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan secara one-off kepada PKS mikro yang yang terjejas akibat pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di seluruh negara.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan 3 siri GKP iaitu GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang mana kerajaan telah memberikan bantuan tunai kepada usahawan secara keseluruhannya sebanyak RM7,000 bagi ketiga-tiga GKP tersebut.

Bagi GKP 4.0 pula, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 bagi usahawan PKS mikro yang layak.

Tarikh Permohonan

Permohonan baharu bagi usahawan PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini akan dibuka pada pertengahan Julai 2021.

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran GKP 4.0 yang akan diterima oleh usahawan PKS mikro yang layak adalah RM1,000.

Bayaran RM1,000 tersebut akan dibayar sebanyak 2 kali bayaran iaitu:

BulanJumlah Bayaran
September 2021RM500
November 2021RM500

Syarat Kelayakan

Untuk makluman, pemohon yang berhasrat untuk memohon GKP perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Pemohon adalah bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Pemohon iaitu pemilik atau pengusaha PKS mikro terbabit mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon mestilah masih lagi aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan belum ditutup.
  4. Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan pemohon adalah kurang daripada RM300,000.
  5. Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

Syarat lain yang ditetapkan adalah berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

Namun, jika terdapat sebarang pindaan syarat kelayakan GKP 4.0, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pertanyaan Lanjut

Bagi pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai GKP 4.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!