GETS 4.0 : Tawaran Latihan Industri Untuk Graduan Anak Sarawak

GETS 4.0 Tawaran Latihan Industri Untuk Graduan Anak Sarawak ~ Sukacita dimaklumkan permohonan untuk Program Graduates Enhancement Training Sarawak (GETS 4.0) kini dibuka.

Program ini disasarkan menerusi strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030 bagi mempromosikan program latihan indutri kepada semua graduan di negeri ini.

Lepasan universiti yang menetap di Sarawak dialu-aluakn untuk mengambil peluang ini.

Baca Juga : TM ELIT : Tawaran Latihan Kerja di TM Untuk Graduan Ambilan Mac 2022

Matlamat GETS 4.0

Matlamat program GETS 4.0 adalah :

  • Mempromosikan program latihan industri atau internship kepada semua graduan di Sarawak.
  • Memupuk kepimpinan digital dan budaya penerapan teknologi pada masa kini bagi setiap graduan.
  • Menyeru anak muda mengambil peluang menerusi agenda digitalisasi.
  • Menanamkan budaya penerapan teknologi dan penyelesaian digital
  • Tumpuan khusus dari segi kecekapan digital melalui latihan pekerjaan dalam usaha mencapai status Revolusi Industri 4.0 .
gets 4.0

Syarat Kelayakan

Permohonan bagi program GETS 4.0 terbuka kepada graduan yang menepati syarat-syarat seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia dan rakyat negeri Sarawak
  • Graduan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Degree) atau Ijazah Sarjana (Master)
  • Berumur antara 23 hingga 35 tahun
  • Tamat pengajian dengan CGPA 2.6 dan ke atas
gets 4.0

Kelebihan Program

Antara kelebihan graduan yang mengikuti latihan seperti program GETS 4.0 adalah :

  • 12 bulan on-job training dengan kerajaan, GLC, Private Agency
  • Elaun bulanan RM 1,500
  • Latihan Soft Skill disediakan

Bidang Latihan

Berikut adalah bidang latihan yang ditawarkan bagi menanamkan budaya penerapan teknologi dan penyelesaian digital :

  • Design thinking
  • Project management
  • Business Intelligence
  • Communication Excellence

Daftar Program GETS 4.0

Bagi graduan yang berminat untuk sertai latihan industri dan bina kerjaya melalui program GETS 4.0, anda boleh buat permohonan secara atas lain di pautan berikut :

Permohonan Program GETS 4.0

Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh 3 bulan selepas permohonan boleh buat permohonan bagi pengambilan seterusnya.

Kerajaan negeri Sarawak turut jangkakan peralihan suasana kerja ekoran wabak pandemik Covid-19. Justeru, organisasi perlu memberikan lebih banyak latihan berkaitan penggunaan teknologi untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran pekerja menyesuaikan diri dengan persekitaran budaya kerja baharu dalam mengekalkan produktiviti.  

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!