Geran MyICE 2022 Sehingga Rm10,000.00 Kepada Pertubuhan Berdaftar

Terkini Permohonan Geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) 2022 kepada Pertubuhan Berdaftar di lanjutkan sehingga 31 Julai 2022. Geran MyICE juga antara yang terkandung dalam Bajet 2022. Objektif inisiatif ini adalah untuk meperkasakan pertubuhan melalui:

  • Tadbir urus yang baik
  • Nilai kesukarelawan melalui pertubuhan
  • Kepimpinan yang unggul
  • Memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjamin

Kepada pertubuhan-pertubuhan berdaftar Malaysia yang belum mohon geran ini, boleh berbuat demikian sebelum tarikh tutup tempoh pelanjutan ini.

Apakah itu Geran MyICE?

geran myice 2022

Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malasyia (JPPM).

Tarikh Tempoh Permohonan Lanjutan

Sehingga 31 Julai 2022

Syarat Kelayakan

  • Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021. Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020.
  • Pertubuhan yang berdaftar di bawah kategori:
    1. Kategori Kebajikan:
      • Ibu Tunggal
      • Kebajikan Masyarakat
      • Kebajikan Ahli
      • Orang Kurang Upaya (OKU)
      • Warga Emas
      • Kanak-Kanak
    2. Kategori Keselamatan:
      • Pencegahan Jenayah
      • Bomba Sukarela
    3. Kategori Hak Asasi:
      • Alam Sekitar
      • Pengguna
      • Manusia
      • Pendidikan
    4. Kategori Sosial:
      • Alumni
      • Pendidikan
      • Penduduk
      • Keturunan
      • Pekerjaan
  • Pertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap, teratur dan terkini sekurang-kurangnya Penyata Tahunan bagi tahun 2020.
  • Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan yang baik

Jenis Program Yang Boleh Dimohon

  • Program yang layak adalah merangkumi program pembangunan kapasiti dan pengurusan pertubuhan bagi tujuan meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan ke arah pengukuhan dan pemerkasaan pertubuhan seperti program pencegahan jenayah, gotong-royong, aktiviti kejiranan, bantuan kemanusiaan dan lain-lain.
  • Program yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik.
  • Jumlah peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja bagi setiap Pertubuhan.

Cara Permohonan

    1. Pertubuhan berdaftar bagi 4 kategori yang dinyatakan boleh memohon MyICE dengan mengisi dan melengkapkan borang permohonan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES di alamat. Permohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu.
    2. Keputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES dalam tempoh 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian MyICE bersidang. Keputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian MyICE dan ia adalah MUKTAMAD.
    3. Surat pemakluman mengenai penyaluran peruntukan akan dikeluarkan oleh JPPM melalui emel dan Pertubuhan hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pemakluman.
    4. Peruntukan akan disalurkan ke akaun pertubuhan yang diperakui dalam borang permohonan yang didaftarkan di atas nama pertubuhan sahaja, manakala akaun yang didaftarkan di bawah nama persendirian/individu adalah tidak dibenarkan.

Dokumen Diperlukan

  1. Pertubuhan hendaklah mengemukakan kertas kerja yang perlu dilengkapkan dalam Bahasa Melayu secara atas talian mengikut format yang ditetapkan di dalam sistem permohonan MyICE.
  2. Pemohon juga perlu mengemukakan salinan penyata bank yang mempunyai nama dan nombor akaun pertubuhan yang telah disahkan oleh bank dengan memuat naik ke dalam sistem permohonan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Geran MyICE 2022, anda boleh layari https://www.eroses.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!