GCR | Penebusan Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat 2022

GCR | Penebusan Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR mulai Januari 2022.

Gantian Cuti Rehat (GCR) 2022 

Gantian Cuti Rehat 2022 telah dinaikkan daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

Sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Jumlah maksimum pengumpulan gantian cuti rehat yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari.

NOTA: Pemberian awal award wang tunai gantian cuti rehat sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari gantian cuti rehat terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

GCR

Syarat Penebusan

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai gantian cuti rehat perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun.
  • pegawai telah mencapai umur 45 tahun.
  • jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR/ hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari.
  • bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib.
  • mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Cara Penebusan & Pengiraan Gantian Cuti Rehat

Untuk membuat penebusan, ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR untuk tujuan pengiraan yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR.

Sila muat turun sistem tersebut melalui portal JPAPencen di pautan berikut: http://www.jpapencen.gov.my

Selain itu, ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan gantian cuti rehat yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.

Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai gantian cuti rehat yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729

Atau, e-mel ke: [email protected]y.

Surat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di : https://tinyurl.com/59en9n7v.

 Sila rujuk Soalan Lazim (gambar) di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *