Gaji Minimum RM1500 Akan Dilaksanakan Mulai 1 Mei 2022 Ini

Gaji Minimum RM1500 Akan Dilaksanakan Mulai 1 Mei 2022 Ini ~ Berita baik! Bermula 1 Mei 2022, pekerja di seluruh Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai RM1,500 sebulan. – PM Ismail Sabri. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC). 

Gaji Minimum RM1500

Gaji Minimum RM1500 adalah merupakan satu keputusan yang telah dibuat setelah kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Perdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaakob berkata penetapan itu dibuat susulan kos sara hidup semakin meningkat yang akan menekan golongan B40

Berdasarkan Perintah Gaji Minimum 2020, Seksyen 23 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), menyatakan kadar gaji minimum perlu dibayar kepada pekerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran adalah sebanyak RM1,200 sebulan, RM46.15 sehari (enam hari bekerja dalam seminggu), RM55.38 sehari (lima hari) dan RM69.23 sehari (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.77. 

Kajian impak telah dilaksanakan secara mendalam sebelum keputusan pelaksanaannya diputuskan oleh kerajaan. Pelaksanaan gaji minimum ini hanya melibatkan majikan sektor swasta yang mempunyai lima orang pekerja ke atas.

Selain itu, Insya-Allah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi memanfaatkan lebih ramai iaitu hampr 9 juta penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM 8.2 bilion pada hujung bulan ini. 

Gaji Minimum RM1500

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila muat turun PDF di pautan yang berikut: 

https://harianpost.my/wp-content/uploads/2021/04/WartaPGM2020_P_U_A_5.pdf

Atau

Rujuk Perintah Gaji Minimum 2020 sepenuhnya di sini: https://www.mohr.gov.my/

Gaji Minimum RM1500
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!