Family Feud Malaysia : Pengacara, Peserta & Waktu Siaran TV

FAMILY FEUD MALAYSIA

Astro kini memperkenalkan adaptasi gameshow popular daripada Amerika Syarikat, Family Feud dengan sentuhan citarasa lokal.

Menerusi kerjasama dengan Fremantle, Astro telah melancarkan produksi bagi tiga versi Family Feud Malaysia bermula 27 Mac 2023.

Pengacara popular iaitu Nabil Ahmad, DR J Ram dan Douglas Lim akan menjejak langkah Steve Harvey sebagai hos untuk rancangan gameshow ini.  

Penonton bakal disajikan dengan Family Feud versi Bahasa Melayu terlebih dahulu menerusi saluran Astro Ria 104.

Kemudian versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil pula akan menyusul pada bulan Mei dan September 2023 menerusi rancangan PRIMEtime (saluran 704) dan Astro Vinmeen (Saluran 202).

Family Feud Malaysia

Jom ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai gameshow terbaharu daripada Astro ini.

Gameshow Family Feud Malaysia

Family Feud Edisi Malaysia juga membawakan permainan ini dengan peraturan yang sama. Gameshow ini bermula dengan ketua daripada kedua-dua pasukan berentap di podium untuk menjawab soalan dengan pantas.

Senarai jawapan yang perlu diteka oleh peserta adalah berdasarkan daripada survey yang dijalankan kepada 100 orang.

Peserta yang berjaya menekan buzzer paling pantas akan diberi peluang untuk menjawab. Sekiranya jawapan yang diberikan muncul di senarai survey, pasukan tersebut akan diberikan peluang untuk memberikan jawapan selanjutnya.

Family Feud Malaysia

Sekiranya gagal, pasukan lawan akan membuat percubaan untuk meneka jawapan yang lebih atas dalam senarai.

Pasukan yang berjaya mendapat markah yang tinggi akan mara ke pusingan akhir iaitu Fast Money untuk peluang merebut hadiah wang tunai bernilai RM 5,000.

Pada fasa awal, Family Feud versi lokal akan bermula dengan format Celebrity Family Feud Malaysia dan bakal melibatkan selebriti sebagai kapten setiap pasukan.

Selain itu, episod istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri juga akan ditayangkan bermula 1 hingga 9 Syawal pada 12.00 tengah hari.

Membawakan barisan pelakon popular daripada drama popular Astro seperti Projek : High Council, Andai Itu Takdirnya dan Isteri Halal, anda pasti tak ingin ketinggalan episod khas ini.

Bukan itu sahaja, malah peserta daripada rancangan realiti seperti Gegar Vaganza dan Big Stage juga bakal berentap dalam gameshow ini sempena edisi khas Hari Raya Aidilfitri.

Selebriti yang berjaya memenangi permainan tersebut secara keseluruhan bakal berpeluang untuk menderma kepada badan kebajikan terpilih.

Waktu Siaran Family Feud Malaysia

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Family Feud Malaysia pada setiap Isnin dan Selasa pukul 11.00 malam di Astro Ria saluran 104.

Pelanggan Astro juga boleh tonton rancangan gameshow ini menerusi Astro Box dan Astro GO.

Layari laman web rasmi Astro untuk ketahui perkembangan terkini mengenai rancangan serta drama menarik khas untuk tontonan seisi keluarga.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!