eOperasi KPM : Modul Pengurusan Guru & Pentadbir Sistem

eOperasi adalah salah satu bahagian daripada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru serta bukan guru.

Antara maklumat yang dapat dikongsikan dalam sistem ini termasuklah tugasan kemaskini data, semakan status bagi pertukaran lokasi/penempatan guru menerusi Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) dan lain-lain.

Terdapat beberapa kategori yang ditawarkan iaitu :

Pentadbir Sistem

  • pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah.
  • Hanya pentadbir sistem yang telah dilantik oleh KPM sahaja dibenarkan untuk gunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Pengguna

  • Terdiri daripada guru dan bukan guru.
  • Hanya pengguna yang telah didaftarkan oleh Pentadbir Sistem sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini.  

Baca Juga : HRMIS 2.0 : Sistem Pengurusan Sumber Manusia Penjawat Awam

Cara Login eOperasi KPM dan Pendaftaran Pengguna

Berikut merupakan cara mendaftar dan login eOperasi KPM :

  1. Layari laman web rasmi e-Operasi di halaman https://eoperasi.moe.gov.my
  2. Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.
  3. Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.
  4. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
  5. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.
  6. Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.
  7. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
  8. Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.
eOperasi

Nota : Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan browser Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768 untuk mendapatkan paparan terbaik.

Maklumat Guru Yang Perlu Dikemaskini

Antara maklumat yang perlu dikemaskini serta diisi adalah seperti berikut :

i. Maklumat Staf

  • maklumat pasangan
  • maklumat subjek ajar
  • maklumat akademik
  • maklumat ikhtisas
  • maklumat sejarah perkhidmatan
  • maklumat peribadi
  • maklumat perkhidmatan
  • maklumat pengirisian jawatan guru dan bukan guru

ii. Maklumat Enrolmen

  • enrolmen ikut kelas
  • enrolmen ikut subjek
  • enrolmen ikut elektif

iii. Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan

  • Permohonan
  • Semakan
  • Kelulusan
  • Analisis kelulusan / pelaksanaan

iv. Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)

  • Kedudukan guru
  • Pengisian opsyen
  • kurang / lebih mengikut opsyen

v. Instrumen

  • Penilaian program orientasi guru baru
  • Penilaian seminar

vi. Maklumat Subjek

  • Analisis pemantauan
  • Subjek Elektif
  • MPV
  • PAV

Di samping itu, pengguna juga boleh mendapat informasi terkini melalui ruang pengumuman yang dikemaskini dari semasa ke semata di laman utaman laman web ini.

Manual Pengguna

Pengguna juga boleh merujuk manual pengguna menerusi pautan berikut : https://eoperasi.moe.gov.my/

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai sistem eOperasi, sila ajukan pertanyaan anda ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing menerusi nombor telefon yang tersedia di butang ‘Bantuan’.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan dengan hantarkan emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!