Kenaikan Elaun Guru KAFA 2023 – Belanjawan 2023

Elaun Guru KAFA 2023 dinaikan kepada RM1100 seperti mana yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan belanjawan 2023.

Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM1000 akan di naikkan sebanyak RM100, menjadi nilai elaun yang bakal diterima sebanyak RM1100

Anwar Ibrahim dalam pembentanganya, di bawah peruntukan syiar Islam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu turut melibatkan antara petugas masjid.

“Kerajaan akan menaikkan elaun bagi 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta

“Kerajaan juga memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.

“Seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih RM40 juta,” kata Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan.

.

Pembayaran elaun itu juga adalah usaha kerajaan menjaga kebajikan guru Kafa sepanjang kontrak mereka berkuat kuasa dengan Agensi Pelaksana Kafa negeri.

Elaun Guru KAFA 2023

elaun guru kafa 2023

Kerajaan menerusi Belanjawan 2023, bersetuju untuk menaikan jumlah elaun yang diterima mereka RM1,100 sebulan. Ianya juga akan memberi manfaat kepada 35,000 guru KAFA di seluruh negara dengan membabitkan peruntukan tambahan lebih RM40 juta

Kafa

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula tahun 1 hingga tahun 6 yang berdaftar dengan Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama Negeri) dengan menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan elaun Guru KAFA dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.

Program Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun yang dilaksanakan sejak tahun 1990. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran serta asas-asas fardu ain bagi membentuk kemenjadian murid yang cemerlang di dunia dan akhirat. Pelaksanaan KAFA turut berkait dengan fungsi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang berperanan menyelaras dan meningkatkan sistem pendidikan agama Islam yang bukan berada di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

GURU KAFA

Guru KAFA dilantik dalam kalangan mereka yang mempunyai kelulusan Pendidikan Islam berdasarkan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan. Mereka dilantik secara kontrak oleh Agensi Pelaksana di negeri mengikut jumlah kuota yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Sehingga tahun 2020, kuota Guru KAFA yang diluluskan adalah seramai 35,000 orang di seluruh negara.

Guru KAFA dibayar elaun sebanyak RM1,100.00 setiap bulan, dengan menggunakan peruntukan2 Kerajaan Persekutuan yang diuruskan oleh JAKIM.

Guru Takmir

Sementara itu, pada tahun lalu kerajaan,telah menambah khidmat 1,000 guru takmir yang diperluaskan di agensi kerajaan yang lain berbanding hanya di masjid dan surau sebelum ini yang kuotanya berdasarkan nisbah jumlah institusi itu.

Keperluan guru takmir mengajar di agensi lain seperti institusi penjara, institusi kebajikan warga emas Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah diperluas.

Terdapat 5,000 guru takmir di seluruh negara termasuk 1,000 orang yang baharu dilantik dan pengagihan akan dibuat berdasarkan permohonan dan kuota yang kita tetapkan.

Untuk rekod, kerajaan persekutuan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM40 juta kepada imam, bilal, guru takmir dan guru Kafa untuk tujuan ini.

Di harap kenaikan elaun Guru KAFA ini dapat meringankan beban di samping menjaga kebaijakan guru-guru kafa di seluruh negeri

Maklumat Lanjut

Kerajaan telah menyediakan peruntukan berkaitan hal ehwal Islam berjumlah 1.5 bilion ringgit, Perdana Menteri juga mahu institusi Islam dalam negara Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran. Pengurusan paling cekap harus dimulakan di sini, dan gedung ini mesti menjadi markas dakwah yang berkesan yang boleh meningkatkan kefahaman sebenar mengenai Islam

Maklumat lanjut berkaitan kenaikan elaun guru kafa 2023 ini dalam pembentangan belanjawan 2023 boleh dirujuk menerusi website berikut https://budget.mof.gov.my/ms/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!