Duit I-Fitri 2022 | Tarikh Pembayaran Bantuan Duit Hari Raya Untuk B40 & M40

Duit I-Fitri 2022 | Tarikh Pembayaran Bantuan Duit Hari Raya Untuk B40 & M40 ~ Sukacita dimaklumkan kepada penduduk Negeri Terengganu khususnya, pihak kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40.  

Duit I-Fitri 2022

Duit I-Fitri ini adalah merupakan bantuan kewangan  yang diperuntukkan kepada golongan B40 dan M40 untuk disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2022 nanti. 

Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu menyokong kewangan isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40 agar dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah. 

Kadar bayaran bantuan dana duit raya i-Fitri ini adalah seperti berikut:

  • RM400 kepada golongan B40 yang layak
  • RM250 kepada golongan M40 yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM2,500 hingga RM5,000 yang layak
Duit I-Fitri 2022

Cara Membuat Permohonan 

Cara-cara membuat permohonan akan dikemaskini dalam masa terdekat. Manakala, bagi tarikh pembayaran bantuan dana raya i-Fitri pula akan dikemaskini sebelum menjelang syawal.

Lain-Lain Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu

Selain dana duit i-Fitri,  berikut adalah merupakan antara bantuan lain yang turut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Terengganu Tahun 2022:

  • Bantuan ‘one-off’ bernilai RM150 turut diberikan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500.
  • Seramai 8,900 Orang Kelainan Upaya (OKU) yang isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah pula akan menerima bantuan tunai ‘one-off’ bernilai RM150 seorang.
  • Bantuan Tunai Skim Mubaligh secara ‘one-off’ berjumlah RM150 sebagai tambahan atas pemberian sebanyak RM500 oleh kerajaan Persekutuan kepada semua imam dan bilal di seluruh negara
  • Pemberian bernilai RM500 disediakan untuk mereka dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan kepada 70 pelajar yang kini menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak hampir dua tahun ini.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman rasmi kerajaan Terengganu di pautan berikut: https://www.terengganu.gov.my/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!