Dos Penggalak COVID 19 | Cara Buat Temu Janji Melalui Aplikasi MySejahtera

Dos Penggalak COVID 19 | Cara Buat Temu Janji Melalui Aplikasi MySejahtera ~ Sukacita dimaklumkan, bermula 21 Mac yang lepas, orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk tempahan slot dos penggalak melalui aplikasi MySejahtera di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Protect Health Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata tempahan melalui aplikasi itu adalah inisiatif kerajaan selain janji temu yang telah ditetapkan oleh aplikasi MySejahtera.

Ia bertujuan meluaskan lagi liputan dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak dalam kalangan rakyat Malaysia sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada penerima vaksin primer lengkap (dos 1 dan dos 2) bagi yang tidak mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya 31 Mac ini.

Dos Penggalak COVID 19

Dos Penggalak COVID 19

Dos Penggalak COVID 19 adalah merupakan vaksin penggalak yang diambil setelah lengkap dua vaksinasi bagi melindungi tubuh dari jangkitan COVID19. Warga emas yang tidak divaksinasi atau tidak diberi suntikan dos penggalak dengan komorbiditi mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi jika mereka dijangkiti COVID-19.

Anda boleh membuat temujanji untuk mendapatkan dos penggalak ini melalui aplikasi MySejahtera di bahagian Booking Management System. 

Memandangkan Malaysia akan beralih ke fasa peralihan kepada endemik mulai 1 April 2022 ini, diharapkan kemudahan ini dapat menggalakkan masyarakat mendapatkannya terutamanya kepada warga emas bagi memastikan fasa peralihan kepada endemik dapat dilaksanakan dengan selamat.

Oleh itu, marilah kita sama-sama jayakan usaha ini untuk melindungi keluarga kita. Sama-sama kita tingkatkan tahap perlindungan kita sebelum memasuki fasa peralihan kepada endemik.

Dos Penggalak COVID 19 ra

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web ProtectHealth di pautan berikut: www.protecthealth.com.my 

Anda juga boleh melihat senarai PPV pilihan yang berdaftar di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di ‘Find Vaccination Centre (PPV)’.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!