Diskaun Bayaran Balik PTPTN Mulai Hari ini, 1 Nov 2021.

PTPTN

Diskaun Bayaran Balik PTPTN Mulai Hari ini, 1 Nov 2021 ~ Dalam pembentangan Bajet 2022, terdapat beberapa perkara berkaitan hal pendidikan turut dibentangkan bagi memastikan kualiti pendidikan di negara kita terus berkembang maju.

Tidak ketinggalan, isu bayaran balik PTPTN yang ditunggu oleh ramai pihak terutamanya para peminjam.

PTPTN

Melalui pembentangan tersebut dalam inisiatif ketiga, fokus Rakyat Sejahtera, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut syarat yang ditetapkan.

Diskaun PTPTN Sehingga 10%-15%

Pihak kerajaan telah sepakat untuk memberikan diskaun sehingga 15% * kepada peminjam PTPTN yang membuat bayaran bermula hari ini iaitu 1 November 2021 sehingga 30 April 2022.

Potongan diskaun tersebut adalah mengikut kategori seperti dibawah:

  • 15% : Baki hutang penyelesaian penuh
  • 12% : Bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayar
  • 10% : Bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual pembayaran

Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.67 juta peminjam.

Pembayaran boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi MyPay, atau mana-mana aplikasi yang berkaitan. Atau, anda boleh pergi ke kaunter PTPTN berdekatan anda.

Pastikan anda menyemak semula baki pinjaman anda selepas membuat pembayaran unutk mengelakkan sekiranya berlaku kesilapan.

Disamping itu, antara pakej bantuan pendidikan lain yang diumumkan adalah; Bantuan Awal Persekolahan RM150, pas rel tanpa had, bantuan tablet kepada pelajar IPT, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 untuk pembelian telefon bimbit, komputer, & tablet sehingga 31 Disember 2022 dan lain-lain.

Semoga dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang ini untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan masing-masing.

Sekiranya anda belum pernah membuat apa-apa bayaran balik, jangan risau. Anda boleh menyemak baki keseluruhan pinjaman anda anda serta kadar bayaran balik yang anda perlu bayar setiap bulan di laman web rasmi PTPTN.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari: https://www.ptptn.gov.my/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts