Permohonan Program Bantuan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK Tahun 2022
Sukacita dimaklumkan Permohonan Program Bantuan Dermasiswa sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK di buka bermula April 2022 sepangjang tahun sehingga tarikh tutup yang akan di maklumkan kelak
Apa Itu Program Dermasiswa Sultan Ismail PETRA (DSIP) MAIK
Program ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa institusi dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam
Baca Juga : Tawaran Biasiswa Program Zamalah Pendidikan MAIK 2022
Syarat Umum
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.
- Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
- Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah sahaja sebulan
Syarat Khusus
- Pemohon Tahun Pertama
- Layak memohon berdasarkan surat tawaran yang telah disahkan.
- Pemohon Tahun Kedua Dan Ke Atas
- Mesir-Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun akhir
- Lain-lain negara-minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.
Cara Permohonan Program Dermasiswa Sultan Ismail PETRA
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah, iaitu ;
- Secara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/
- Perkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di Aras Bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan.
Dokumen Di Perlukan
- Salianan k/p atau surat beranak pemohon, penjaga dan tanggungan
- Salinan penyata gaji/pendapatan terakhir/penyata pencen (sekiranya ada)/surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak bekerja/bekerja sendiri)ibu/bapa/penjaga/pasangan pengaja
- Salinan surat pengesahan pengajian terkini
- Salinan passport pemohon
- Salinan akaun bank
- Salinan keputusan peperiksaan akhir
- Surat sokongan/pengesahan daripada pegawai kedutaan/atase
- Borang pengesahan maklumat pemohon
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Dermasiswa Sulatan Ismail Petra (DSIP) MAIK, anda boleh hubungi ;
Unit Pendidikan MAIK di talian 09-7421519
Email : [email protected]