Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~  Sukacita dimaklumkan bahawa, anda boleh memohon Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) kepada PKS yang terjejas akibat banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai atau tanah runtuh. 

Dana ini boleh dimohon oleh syarikat di bawah kategori Perusahaan Kecil & Sederhana. 

Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0)

Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) menyediakan bantuan pinjaman pembiayaan bago membantu PKS yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai dan tanah runtuh.

Berikut adalah perincian pembiayaan:

  • Jumlah pembiayaan : RM50,000 – RM100,000
  • Peratusan pembiayaan : Sehingga 100%
  • Tempoh pembiayaan : Sehingga 5 tahun termasuk 12 bulan moratorium
  • Kadar pembiayaan : 0%

Sila semak syarat kelayakan dibawah untuk memohon.

Syarat Kelayakan

  • Berdaftar dengan SSM dan memiliki lesen perniagaan yang sah
  • Beroperasi dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana
  • Menyediakan bukti kesan bencana alam i.e, surat yang dikeluarkan oleh pejabat daerah atau salinan laporan polis
  • Syarikat PKS dalam mana-mana sektor ekonomi
  • Kelayakan minimum – Jualan tahunan : RM300,000 dan ke atas; atau Pekerja sepenuh masa; 5 orang dan ke atas.

Pembiayaan Yang Layak

  • Pembiayaan Aset
  • Modal Kerja

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon, mudah sahaja. 

Sila scan QR code dalam poster di bawah. Atau, anda juga boleh memohon Dana Kecemasan PKS 2.0 secara dalam talian di pautan berikut: 

Dana Kecemasan PKS

Nota: PKS terjejas harus mengemukakan permohonan dalam masa 6 bulan dari tarikh kejadian.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut:  . 

Atau, anda juga boleh hubungi MIDF di saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!