Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Pada 18 April 2023 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan beberapa khabar gembira sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Antara berita gembira yang diumumkan adalah pemberian pelepasan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi semua rakyat Malaysia, sama ada yang bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta.  

Cuti tambahan ini diberikan sebagai hadiah buat warga Malaysia supaya mereka dapat membuat persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Untuk makluman cuti am ini akan jatuh pada :

  • Hari Jumaat (21 April 2023) jika 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu (22 April 2023)
  • Hari Isnin (24 April 2023) sekiranya 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat 21 April 2023
Cuti Tambahan Sempena Hari Raya

Nota : Cuti am ini terkecuali di Sabah. Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, cuti umum tambahan bagi negeri Sabah jatuh pada 21 April 2023 (Jumaat) seiring dengan Ordinan Hari Kelepasan Am negeri Sabah.

Pengumuman ini selaras dengan kebenaran yang diberikan oleh Perdana Menteri bagi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk memutuskan cuti am bagi negeri masing-masing.

Berita Gembira Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Di samping penambahan cuti am, kerajaan perpaduan juga telah mengumumkan beberapa ‘hadiah’ lain sempena perayaan Aidilfitri antaranya :

1. Tol Rahmah (Tol Percuma Selama 4 Hari)

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi Tol Rahmah. Inisiatif ini ditawarkan kepada semua kelas kenderaan di 33 lebuh raya di Malaysia.

Rujuk artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut : Tol Rahmah : Inisiatif Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Cuti Tambahan Sempena Hari Raya

2. Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL)

Atas rasa ihsan, Kerajaan Perpaduan turut memberi peluang kepada penghuni penjara untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti).

Sepanjang bulan Ramadan dan Syawal, PBSL ini melibatkan lebih 1,000 Orang Bebas Berlesen (OBB).

Cuti Tambahan Sempena Hari Raya

3. Kadar Khas Bayaran Saman RM 50

Di samping itu, kerajaan juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyelesaikan saman trafik mereka dengan hanya RM 50 daripada 21 April 2023 sehingga 21 Mei 2023.

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati inisiatif yang ditawarkan. Semoga khabar gembira yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan ini dapat memberi lebih makna bagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!