15 Contoh Menu Potluck Yang Lazat dan Mudah Disediakan
Walaupun sambutan Hari Raya sudah berakhir, namun masih banyak sekolah dan pejabat yang masih dalam mood perayaan sehinggakan ada sahaja jemputan ke majlis potluck.
Adakah anda sedang mencari-cari idea untuk membawa hidangan yang lazat dan mudah untuk jamuan potluck? Jom kita tengok beberapa resepi menarik untuk dicuba!
Baca Juga : Menu Starbucks : Senarai Makanan, Minuman & Harga Terkini
15 Contoh Menu Potluck, Sesuai Untuk Dijamu di Majlis Sekolah, Hari Raya, Office
1. Puding Vanila Sumi
Bukan sahaja mudah untuk dibuat, malah sungguh lazat untuk dinikmati terutamanya bila dimakan sejuk-sejuk. Kanak-kanak mahupun orang tua pasti sukakan pencuci mulut ini.
2. Macaroni Cup Pizza
Tak pernah terfikir pula untuk hidangkan makaroni dalam kertas cupcake. Comel sungguh dan senang untuk dimakan! Caranya pun mudah sahaja. Memang membuka selera!
3. Crabstik Goreng Tepung
Hidangan ini pula sesuai untuk dimakan bersama hidangan berat seperti mee atau boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek.
Anda hanya perlu celupkan crabstick dengan adunan tepung dan goreng sahaja! Jom tengok resipinya di pautan ini:
4. Dadih
Kalau buat dadih pun best juga. Macam-macam serbuk dadih berperisa yang anda boleh dapatkan di pasaran. Senang sangat nak buat! Sesuai untuk dijamu pada majlis potluck!
5. Spaghetti Tomato
Selain makaroni, anda juga boleh sediakan spaghetti tomato di dalam cawan. Boleh sediakan sekali sudu dan garpu plastik.
6. Mantou Nugget
Comel sungguh hidangan potluck ni. Sesuai untuk dijamu di majlis sekolah mahupun pejabat. Anda hanya perlu gunakan mini mantou, nugget tempura, salad dan sos thousand island sahaja.
7. Strawberry Peanut Butter Sandwich
Resepi ini confirm laku bila dibawa ke potluck. Modal untuk sediakannya juga tidaklah terlalu besar. Cara nak buat juga cukup ringkas! Jom tengok resepinya!
Resepi Strawberry Peanut Butter Sandwich
8. Satay Buah
Menu ini adalah antara contoh menu potluck yang paling senang untuk disediakan!
Ringkas dan berkhasiat, menarik juga jika anda hidangkan satay buah ini di majlis potluck. Anda hanya perlu cucuk 4 jenis buah potong dalam satu lidi.
9. Buko Pandan Filipina
Kalau dah biasa sangat buat puding koktel untuk potluck, apa kali ini anda sediakan buko pandan ala Filipina? Bahan-bahan yang digunakan ringkas sahaja, tapi dijamin sedap dan sangat menyegarkan tekak bila dinikmati sejuk-sejuk!
Jom tengok resepinya!
10. Sandwich Sardin Express
Kalau kurang gemar sandwich manis, anda juga boleh buat sandwich sardin. Simple saja tapi dijamin sedap!
Jom tengok resepinya di bawah.
Resepi Sandwich Sardin Express
11. Nutella Bites
Kalau nak buat dessert yang simple tapi menarik, apa kata anda sediakan Nutella Bites untuk potluck? Cuma guna roti paratha dan nutella sahaja. Confirm laris!
Resepinya ada di pautan ini : Resepi Nutella Bites
12. Roti Jala Jelita
Nampak sedap dan berwarna-warni. Nak sediakannya pun tidaklah susah. Roti jala yang gebu sebegini memang sesuai untuk dinikmati dengan kuah kari, sos coklat atau serawa durian.
Kalau nakkan kelainan, boleh tambah sedikit pewarna untuk hasilkan roti jala jelita macam di resepi ini.
13. Popia Sosej
Wah, lain macam popia bentuk perahu macam ni. Nampak rumit, tetapi nak membuatnya senang sahaja sebenarnya. Jom tengok resepi di bawah!
14. Aiskrim Malaysia
Siapa tak suka aiskrim Malaysia? Baik yang tua atau pun yang muda, bila dijamu dengan aiskrim Malaysia pasti laris.
Ditambah pula cuaca sekarang ni memang panas! Macam-macam jenis aiskrim anda boleh hasilkan dari rumah. Tinggalkan satukan bahan, kacau, kemudian masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan!
Macam-macam resepi aiskrim Malaysia ada di pautan ini!
Wah, semua contoh menu potluck yang disenaraikan ini nampak cukup menarik untuk dicuba! Nak hasilkannya pun tidaklah susah.
Modal yang digunakan juga tidaklah terlalu besar. Jom cuba resepi potluck yang dikongsikan ini! Selamat mencuba!