Cara Daftar Shopee Seller Untuk Jual Produk

Cara Daftar Shopee Seller Untuk Jual Produk

Shopee merupakan platform membeli-belah atas talian yang cukup popular di Malaysia. Saban hari, makin ramai pengguna yang turut berkongsikan pautan ke Shopee di media sosial apabila menemui produk yang menarik. Dengan customer base yang besar, ia bukan sahaja terkenal di kalangan pembeli, malah ia juga menjadi pilihan ramai peniaga.

Adakah anda ingin kembangkan bisnes menerusi platform Shopee? Jom baca perkongsian daripada kami untuk ketahui cara daftar Shopee Seller dengan mudah.

cara daftar shopee seller

Kelebihan Menjadi Peniaga di Shopee

Berikut merupakan beberapa manfaat yang peniaga boleh nikmati apabila berniaga di Shopee :

  • Pendaftaran percuma
  • Tidak memerlukan lesen perniagaan SSM
  • Sangat mudah digunakan
  • Bantuan pelanggan 24 jam menerusi Chat
  • Latihan pemasaran (marketing) serta kursus atas talian daripada Shopee University
  • Customer base yang luas, pelanggan Shopee mencapai ratusan ribu orang
  • Pengurusan kempen pemasaran yang mudah (berbayar)
  • Peniaga boleh tawarkan Free Shipping dan kempen semasa Shopee (Jualan 11.11, 12.12, Hari Raya dan sebagainya)
  • Aplikasi dan laman web tersedia dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Cara Daftar Seller Shopee

Untuk mendaftar sebagai Shopee Seller, anda perlulah membuka akaun di Shopee terlebih dahulu. Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Layari laman Shopee di https://shopee.com.my/
  2. Klik pada tulisan “Daftar” pada bahagian atas kanan laman tersebut
  3. Pada halaman berikut, anda boleh memilih sama ada hendak mendaftarkan akaun menggunakan nombor telefon, akaun Facebook atau akaun Gmail.
  4. Ikuti langkah-langkah yang diberikan dan lengkapkan segala maklumat yang diminta untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun Shopee anda.

Selepas melalui langkah ini, barulah anda boleh mula berniaga di Shopee.

Kini, anda bolehlah mendaftar sebagai penjual di Shopee dengan mengikuti langkah-langkah berikut :

  • Pergi ke halaman utama Shopee dan klik pada tulisan Seller Centre yang terletak pada bahagian atas kiri laman tersebut.
  • Anda akan di bawa ke halaman Seller Centre di pautan berikut : https://seller.shopee.com.my/portal/onboarding/
  • Untuk memulakan proses pendaftaran, klik pada butang “Start Registration”
  • Lengkapkan pendaftaran dengan melengkapkan ketiga-tiga tahap seperti berikut :
  1. Shop information (Butiran mengenai kedai online anda)
  2. Seller information (Maklumat penjual)
  3. Shipping Channel (Kaedah pengeposan)

Setelah pendaftaran dilengkapkan, barulah anda boleh mula menjual dengan memuatnaik butiran produk serta gambar barangan yang anda ingin jual.

Maklumat Lanjut

Untuk bantuan serta maklumat lanjut mengenai cara daftar Shopee Seller, sila hubungi talian +603 2777 9222 atau emelkan pertanyaan anda ke [email protected]

Bagi yang baru mulakan bisnes di Shopee, anda mungkin agak kekol pada awalnya. Namun, dengan sedikit masa dan latihan, anda pasti dapat menguasai penggunaan platform ini untuk berniaga.

Selamat mencuba!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!