Cara Daftar Haji Secara Online (THiJARI)

Cara Daftar Haji Secara Online (THiJARI)

Tak perlu bersusah-payah, kini anda boleh lakukan pendaftaran Haji secara online sahaja! Mungkin ada yang belum tahu bahawa membuka akaun di Tabung Haji TIDAK BERERTI si pemilik akaun telah mendaftar Haji.

Jadi, untuk membantu anda mendaftar dan masuk dalam giliran Haji, jom kita semak cara daftar Haji yang mudah.

Baca Juga : Hari Arafah : Tarikh Wukuf & Cuti Umum 2023

Cara Daftar Haji

Daftar Haji di Tabung Haji (TH)

Sejak tahun 1995, TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran Haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Terdahulu, Didahulukan”.

Pendeposit TH yang mendaftar Haji akan diperuntukkan tahun bagi menunaikan ibadah Haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran Haji dibuat.

Dengan erti kata lain, semua pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran Haji layak dipilih untuk menunaikan Haji apabila tiba giliran tahun peruntukan yang ditetapkan.  

Cara Daftar Haji

Syarat Daftar Haji Dengan TH

Pendeposit yang ingin mendaftar Haji perlulah menepati syarat-syarat berikut :

  • Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
  • Tidak pernah menunaikan fardhu haji.
  • Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.

Cara Daftar Haji Secara Online Melalui THiJARI

Pemilik akaun TH boleh membuat pendaftaran Haji secara online melalui THiJARI.

Berikut merupakan cara daftar Haji online :

  1. Login ke akaun THiJARI
  2. Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah)
  3. Klik Pendaftaran Haji
  4. Klik ikon Tambah Pemohon
  5. Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.
  6. Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan.
  7. Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.
  8. Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.

NOTA : Pengguna boleh membuat semakan status Haji atau membuat rayuan Haji setelah mendaftar Haji.

Saluran Lain Untuk Mendaftar Haji

Selain pendaftaran secara atas talian, anda juga boleh mendaftar Haji melalui kaedah berikut :

  1. Kaunter TH / Kaunter Mudah Alih TH
  2. Bank / rakan strategik TH
  3. Tabung Haji Contact Centre (THCC) : 03- 6207 1919

Panduan Buka Akaun & Daftar Haji Untuk Anak

Untuk ibu bapa yang sudah miliki akaun THiJARI dan ingin membuka akaun dan daftar Haji secara online untuk anak, sila ikuti panduan berikut :

  1. Login akaun THiJARI
  2. Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
  3. Isi semua maklumat anak-anak.
  4. Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.
  5. Sila bawa dokumen berikut:
      • 1 salinan dan original IC ibu / ayah
      • Wang untuk daftar Haji RM1300.00
      • 1 salinan dan original surat beranak anak
      • Wang untuk daftar Haji RM1300.00

Anda juga boleh rujuk video ini untuk pembukaan akaun Tabung Haji untuk kanak-kanak

Nota :

  • Pendaftaran Haji untuk anak-anak secara atas talian hanya boleh dilakukan melalui THiJARI sekiranya ibu bapa masih belum mendaftar Haji.
  • Ibu bapa juga boleh ikuti saluran lain seperti yang dinyatakan di atas untuk mendaftarkan akaun serta giliran Haji untuk anak.
Cara Daftar Haji

Kos Haji 2023

Untuk makluman, harga bayaran Haji bagi tahun 2023 adalah seperti berikut :

Kos Haji atau bayaran Haji merujuk kepada semua bayaran bagi seseorang jemaah haji kepada TH untuk mendapatkan khidmat bagi untuk menunaikan Haji di Tanah Suci.

Kos langsung Jemaah Muassasah merangkumi kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Panduan bayaran Haji bagi Musim Haji 1444H/2023M bagi jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut :

Cara Daftar Haji
Cara Daftar Haji

TH juga komited dalam menanggung kos haji tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti :

  • Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • Kursus-kursus haji,
  • Petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
  • Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
  • Ubat-ubatan.

Pengeluaran KWSP Untuk Bakal Haji

Bakal Haji yang terpilih pada tahun semasa layak untuk membuat pengeluaran wang di KWSP.

Jumlah pengeluaran dalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH demi mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).

Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  • Ahli KWSP
  • Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
  • Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
  • Berumur kurang 55 tahun

Rayuan Haji Online (THiJARI)

Bagi yang telah mendaftar, anda boleh lakukan rayuan Haji secara online setiap tahun berdasarkan tarikh rayuan yang ditetapkan. Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Login ke akaun THiJARI
  2. Klik Perkhidmatan Haji
  3. Klik Rayuan Haji
  4. Klik Rayuan Permohonan Haji
  5. Baca Garis Panduan
  6. Klik ‘Saya Faham’
  7. Sila Pilih Kategori Rayuan Haji
  8. Masukkan No Akaun & No Kad Pengenalan
  9. Klik Berikutnya
  10. Klik Ya / Tidak (Perakuan Istito’ah)
  11. Klik ‘Hantar’
  12. Muat Turun Surat Akuan

Rujuk video di bawah untuk tutorial membuat rayuan Haji.

Cara Daftar Haji Menggunakan Wang KWSP

Pendeposit Tabung Haji yang masih belum cukup simpanan RM 1,300 dalam akaun, anda juga boleh mendaftar Haji menggunakan duit KWSP.

  • Menerusi skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.
  • Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan.
  • Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:-
    • Warganegara Malaysia
    • Beragama Islam
    • Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00
    • Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja

Untuk informasi lanjut mengenai pendaftaran Haji menerusi caruman KWSP, sila rujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran Haji, sila rujuk laman web Tabung Haji di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/index.php/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off

ATAU

Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) talian +603 – 6207 1919. Faks : +603 – 7728 4959. E-mail : [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!