Cara Buka Akaun CIMB Online : Panduan Lengkap Untuk Pengguna CIMB Bank

Perkhidmatan perbankan atas talian sudah menjadi keperluan utama buat semua. Kebanyakan syarikat perbankan utama termasuk CIMB Bank tidak terlepas untuk menyediakan khidmat ini menerusi CIMB Octosavers.

Lebih menarik lagi, akan CIMB Online ini dapat dibuka dengan percuma, mudah dan cepat dan tanpa perlu hadir ke kaunter CIMB Bank.

Ikuti perkongsian kami dengan lebih lanjut untuk ketahui cara buka akaun CIMB Online.

Baca Juga : myBSN : Cara Daftar dan Login BSN Online

Kelebihan Pengguna CIMB Octosavers

Pengguna Octosavers juga bakal menikmati Octo Rewards yang menarik antaranya :

  • OctoTravel Deals – Tawaran ekslusif untuk tempahan tiket kapal terbang serta hotel.
  • CIMB Deals – Ganjaran istimewa untuk beli-belah, makanan serta melancong.
  • Double Rewards – Tawaran mata ganjaran OctoPoints yang boleh ditebus.

Syarat Kelayakan Untuk Buka Akaun Octosavers CIMB

Pengguna yang ingin membuka akaun CIMB Octosavers perlulah menepati syarat-syarat berikut iaitu :

  1. Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas
  2. Merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan atau MyKad.
  3. Mempunyai nombor telefon dan alamat email yang sah.
  4. Tidak mempunyai mana-mana akaun semasa/simpanan CIMB sebelum ini.
  5. Mempunyai akaun bank lain (selain CIMB) yang didaftarkan atas nama sendiri.
  6. Mestilah meletakkan deposit RM20 bagi pembukaan akaun ini.

Cara Buka Akaun CIMB Online (Octosavers CIMB)

1.Untuk membuka akaun CIMB Online, sila muat turun aplikasi CIMB Apply menerusi salah satu platform berikut :

2. Seterusnya, buka aplikasi dan klik ‘Open OctoSavers Account’.

3. Tekan ‘Apply Now’ dan klik ‘Begin Application’.

Cara Buka Akaun CIMB Online

4. Pada bahagian Contact Details, sila masukkan nombor telefon dan alamat yang sah. Kemudian klik ‘Request SMS OTP Code’ dan masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.

Cara Buka Akaun CIMB Online

5. Lakukan pengesahan identiti dengan mengimbas bahagian depan dan belakang MyKad. Anda juga diminta untuk mengambil gambar swafoto (selfie).

Cara Buka Akaun CIMB Online

6. Sahkan maklumat yang diperolehi daripada MyKad dengan klik pada ‘Confirm Details’.

7. Jawab soalan pengesahan yang diberikan dan klik ‘Submit’.

8. Isikan maklumat permohonan dan klik ‘Save and Continue’. Isikan butiran pada bahagian pekerjaan dan maklumat tambahan dan klik ‘Confirm Details’.

9. Kemudian, semak maklumat permohonan dan klik ‘Submit and Apply’. Pindahkan deposit minimum RM 20 daripada akaun bank lain yang didaftarkan nama sendiri. Masukkan amaun, pilih bank dan klik ‘Proceed’.

10. Buat CIMB Clicks ID. Di sini anda perlu cipta User ID, kata laluan SecureWord dan sebagainya.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai cara buka akaun CIMB online, sila layari laman web CIMB di pautan berikut :

Octosavers Account-i CIMB

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!