Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor Di TikTok, IG

Panduan Cara Buat Link WhatsApp Bussines Tanpa Nombor di Tiktok, IG, Instagram

WhatsApp ialah aplikasi pemesejan popular yang membolehkan orang ramai menghantar dan menerima mesej, membuat panggilan suara dan video serta berkongsi fail antara satu sama lain. Satu ciri WhatsApp ialah keupayaan untuk mencipta pautan yang membolehkan orang lain menghantar mesej kepada anda di WhatsApp tanpa perlu menambah nombor telefon anda pada kenalan mereka.

Ini berguna untuk perniagaan, organisasi dan individu yang ingin memudahkan orang ramai menghubungi mereka di WhatsApp tanpa perlu berkongsi nombor telefon mereka. Untuk membuat pautan WhatsApp tanpa nombor telefon, anda boleh menggunakan fungsi yang telah disebdiakan oleh pihak whatsapp itu sendiri atau anda boleh menggunakan alat atau perkhidmatan pihak ketiga yang anda biasa

cara buat link whatsapp di tiktok

Untuk membuat pautan WhatsApp di TikTok tanpa meletakkan nombor telefon, anda boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Linktree atau Beacons.ai. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti:

  1. Pertama, daftar akaun percuma di salah satu platform seperti Linktree atau Beacons.ai.
  2. Selepas mendaftar, anda akan mendapat pautan profil khas yang memaparkan semua pautan dan maklumat yang ingin anda kongsi. Salin pautan profil anda.
  3. Buka aplikasi TikTok dan buat video baru.
  4. Pilih “Edit Profile” dan masukkan pautan profil Linktree atau Beacons.ai anda di bahagian “Website”.
  5. Setelah anda menyimpan perubahan, pautan profil anda akan dipaparkan pada profil TikTok anda.

Ini langkah-langkah cara buat pautan WhatsApp tanpa nombor di TikTok menggunakan aplikasi Linktree:

  1. Pertama sekali, muat turun apl Linktree pada telefon anda, atau anda juga boleh terus layari website https://linktr.ee/ dan buat akaun jika anda belum memilikinya.
  2. Semak email, dan sahkan
  3. Kemudian log masuk ke akaun Linktree anda, klik butang “Add New Link” untuk menambah pautan baharu.
  4. Namakan pautan anda (cth. “Hubungi saya melalui WhatsApp”) atau anda juga boleh buat dengan cara tambah ikon WhatsApp yang tersedia di bahagian bawah.
  5. Klik butang “Tambah Pautan Sosial Baharu” untuk menambah pautan WhatsApp anda.
  6. Pilih ikon WhatsApp daripada senarai media sosial yang tersedia.
  7. Masukkan nombor WhatsApp anda, termasuk kod negara, dalam kotak yang disediakan dan klik “Simpan”.
  8. Selepas itu, salin pautan Linktree anda.
  9. Buka apl TikTok .
  10. Pilih “Edit Profil” di bahagian bawah skrin dan masukkan pautan Linktree anda dalam kotak “Laman Web”.
  11. Simpan perubahan anda dan pautan Linktree anda kini akan dipaparkan pada profil TikTok anda.

Kini, apabila pengguna mengklik pautan WhatsApp dalam Linktree anda pada profil TikTok anda, mereka akan dialihkan ke sembang WhatsApp dengan nombor anda, supaya mereka boleh menghubungi anda dengan mudah melalui WhatsApp.

Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor Guna create.wa.link

Bagi pengguna aplikasi Whatsapp Business, untuk membuat link whatsapp tanpa nombor, anda boleh ikut beberapa langkah mudah ini.

  • Langkah 1 : Layari website https://create.wa.link/
  • Langkah 2 : Klik Create a free wa.link
  • Langkah 3 : Masukkan nombor telefon
  • Langkah 4 : Masukkan ayat pada create custom massage
  • Langkah 5 : Generate my wa.link
  • Langkah 6 : Copy link

Kini anda hanya perlu copy short link tersebut dan letakkan di bio TikTok anda

Orang yang klik pada short link yang anda buat tadi akan terus boleh hubungi anda melalui whatsapp tanpa perlu nombor

Cara Buat Link Whatsapp di IG

cara buat link whatsapp di ig

Anda boleh Follow step by step yang sama seperti cara buat pautan WhatsApp tanpa nombor di TikTok menggunakan aplikasi Linktree, dan hanya perlu copy link yang anda telah anda generate menggunakan wa.link itu tadi dan letakkan di IG anda

Anda juga boleh tonton video ni untuk lebih jelas tentang cara buat link whatsapp tanpa nombor di TikTok dan IG

Kelebihan Guna Aplikasi Linktree

Bagi anda yang biasa menggunakan aplikasi TikTok, aplikasi ini mempunyai pantang larang seperti tidak membenarkan meletakkan nombor telefon dan meletakkan pautan keluar daripada sosial media mereka seperti whatsapp. Oleh sebab itu dengan cara ini, pengikut atau follower anda masih boleh menghubungi anda melalui whatsapp dengan cara ini.

Selain itu juga, anda boleh meletakkan beberapa banyak pautan yang anda mahukan seperti pautan ke media sosial anda yang lain seperti facebook, twitter dan lain-lain.

Dengan cara buat link Whatsapp tanpa nombor ini juga lebih memudahkan untuk follower atau pengikut di media sosial anda terus menghubungi anda melalui whatsapp dengan hanya satu klik tanpa perlu menyalin nombor telefon anda.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!