ByrHASIL | Bayar Cukai Pendapatan LHDN Dengan Mudah Melalui Online
ByrHASIL | Bayar Cukai Pendapatan LHDN Dengan Mudah Melalui Online ~ Tahukah anda, anda boleh membayar cukai pendapatan dengan mudah dan cepat hanya melalui portal ByrHASIL. Kaedah ini adalah untuk memudahkan setiap rakyat Malaysia yang layak untuk membayar cukai pendapatan tahunan.
ByrHASIL
ByrHASIL adalah merupakan sebuah portal rasmi yang membolehkan pembayaran cukai pendapatan secara dalam talian. Secara ringkasnya, ByrHASIL adalah satu perkhidmatan dalam talian yang menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.
Setiap rakyat Malaysia diwajibkan membuat pentaksiran cukai mereka dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun dengan mengisi borang e-filing. Melalui maklumat di e-filing tersebut anda akan dimaklumkan sekiranya anda perlu membayar cukai ataupun tidak.
Sekiranya pendapatan anda belum cukup syarat yang ditetapkan, anda tidak perlu membayar cukai.
Pembayaran Cukai (ByrHASIL)
- Bayaran Cukai Melalui FPX – Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai gateway untuk pembayaran cukai. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.
- Bayaran Cukai Melalui Kad Kredit – Pembayar cukai boleh membuat pembayaran cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah menggunakan kad kredit secara dalam talian untuk semua kad kredit/debit VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.
Cara Pembayaran Cukai Melalui FPX
- Sila layari portal ByrHASIL di pautan berikut: https://byrhasil.hasil.gov.my/
- Kemudian, klik pada gambar FPX
- Pilih “Jenis Pengenalan”
- Masukkan “No. Pengenalan”
- Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan
- Klik butang “Submit”
- Pilih “Kod dan Jenis Bayaran:”
- Pilih “Tahun Pentaksiran”
- Pilih “Bilangan Ansuran”
- Masukkan “Amaun Cukai (RM)”
- Klik butang “Hantar”
- Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat bank untuk membayar melalui perbankan internet
Cara Pembayaran Cukai Melalui Kad Kredit
- Sila layari portal ByrHASIL di pautan berikut: https://byrhasil.hasil.gov.my/
- Kemudian, klik pada gambar FPX
- Pilih “Jenis Pengenalan”
- Masukkan “No. Pengenalan”
- Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan
- Klik butang “Submit”
- Pilih “Kod dan Jenis Bayaran:”
- Pilih “Tahun Pentaksiran”
- Pilih “Bilangan Ansuran”
- Masukkan “Amaun Cukai (RM)”
- Klik butang “Hantar”
- Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat kad kredit
Cara Alternatif Selain ByrHASiL
- Portal MyTax: https://mytax.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’
- Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
- Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
- Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
- Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
NOTA:
Pembayar cukai dinasihatkan untuk tidak membuat lebih daripada satu kali bayaran pada satu-satu masa sekiranya tidak menerima status bayaran.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila klik pautan berikut: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ atau, hubungi Cawangan LHDNM berdekatan atau,
Hasil Care Line;
- Telefon : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat (9.00 am hingga 5.00 pm )